Header Ads

ads header

Flash News

Macam-macam Alasan dan Ini Alasan Terbaru Nga



Nga Kor Ming baru keluarkan alasan terbaru untuk kes dia hina DYMM Sultan Selangor.

Sekarang dia tak guna alasan pertama bahawa page Nga Kor Ming yang memang ada kaitan dengan dia telah menyamar dia.

Alasan baru dia selepas pihak istana Sultan Selangor membuat laporan polis terhadap dia ialah:

Ada dua lagi page FB yang menyamar page Nga Kor Ming Superfans (yang dulunya dia dakwa menyamar dia) dan posting menghina Sultan Selangor itu datang dari page-page "mirror" atau "clone" itu.

Ini link alasan terbaru dia yang dikeluarkan satu jam dahulu:
https://web.facebook.com/ngakorming/posts/10214855289559190

Dia kata ini bukti wujudnya konspirasi politik jahat untuk mencemar nama "baik" dia dan DAP.

Tapi sorry-lah, Kor Ming.

Setiap link untuk posting FB ada "ID" untuk page dan diikutnya dengan id untuk post tersebut.

Ini adalah link asal untuk posting yang menhina Sultan itu yang telah dipadam :
https://web.facebook.com/52329039169/posts/10157842153864170

Link di atas itu disahkan FB dengan apps WhatsApp bahawa ianya adalah posting yang menghina Sultan.

Jika kita keluarkan "ID" untuk post untuk meninggalkan link untuk page itu sahaja, ia menjadi:
https://web.facebook.com/52329039169/

Cuba click link kat atas itu.

Terus pergi ke page asal Nga Kor Ming Superfans dengan 600,000 followers yang sudah wujud sejak tahun 2009 - bukan ke page "mirror" atau "clone".

Adakah FB dengan WhatsApp juga berpakat dalam konspirasi jahat untuk mencemar nama "baik" Nga Kor Ming dan DAP.?

Macam inipun Nga Kor Ming mampu menipu.

NAJIB RAZAK
(Terima kasih kepada kawan saya untuk info IT ini. Saya mengaku saya bukan pakar IT!)





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan