Header Ads

ads header

Flash News

Muhammad Faisal dipilih Presiden ABIM baharu


KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz dipilih sebagai presiden baharu pertubuhan itu menggantikan penyandangnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim bagi sesi kepimpinan 2019-2021.

Pemilihan bekas pemimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2011 itu disepakati perwakilan persidangan Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar Sanawi) kali ke-48 yang diadakan pada 25 hingga 27 Oktober lalu di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi.

Muhammad Faisal sebelum ini merupakan Setiausaha Agung ABIM dari tahun 2013 hingga 2019.

Sementara itu, ABIM dalam satu kenyataan memaklumkan bertekad terus berperanan merealisasikan gagasan 'Bangsa Malaysia' yang merupakan kesinambungan daripada peranan interaksi rentas budaya serta agama yang dirintis gerakan itu sejak penubuhannya pada 1971.

Menurutnya, ABIM bertekad membina negara dan bangsa yang damai berpaksi kepada Rukun Negara, mengangkat nilai universal dan inklusif seperti dianjurkan agama serta menerima nilai kebersamaan.

"Usaha ini dibuat dengan menjadikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, peranan Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan bidang kuasa raja-raja Melayu – sebagai kerangka besar untuk merealisasikan Bangsa Malaysia.

"ABIM sedar keterikatan terhadap faktor politik serta ekonomi tidak memadai untuk menjayakan gagasan besar tersebut.

"Oleh demikian, ABIM terus menggerakkan agenda ini menerusi pendidikan dalam kalangan generasi muda, pembinaan institusi keluarga, dan pembentukan masyarakat secara kolektif memberi kesan kepada sosio politik dan ekonomi negara," katanya.

Berikut senarai ahli jawatankuasa kerja ABIM untuk sesi kepimpinan 2019-2021:

Presiden: Muhammad Faisal Abdul Aziz

Timbalan Presiden: Mohd Khairul Anwar Ismail

Naib Presiden:

Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim

Ahmad Fahmi Mohd Shamsuddin

Fatin Nur Majdina Nordin

Zairudin Hashim

Adli Zakuan Zairakithnaini

Setiausaha Agung: Mohammad Fazril Mohd Saleh

Setiausaha Kewangan: Mohd Faridh Hafez Mohd Omar

Penolong Setiausaha Agung: Mohd Shazni Abdullah




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan