Header Ads

ads header

Flash News

Umno-MCA sudah ada calon PRK Tanjung Piai, kata ketua pembangkang


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Umno dan MCA sudah mencapai kata putus berhubung calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Beliau menepis dakwaan mengatakan Umno dan MCA belum mencapai sebarang kata putus, ekoran Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak mengumumkan calon gabungan itu pada majlis pelancaran jentera PRK P165 semalam.

“Kita tidak umum sebab belum masa,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata masa pengumuman yang sesuai akan diputuskan oleh Zahid dan Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad.

“Semalam cuma pelancaran jentera BN sahaja. Kita tidak mahu buat dua perkara dalam satu masa,” tambahnya.

Umno dilapor berhasrat untuk meletakkan calon di kerusi itu, yang dipertahankan oleh ketua MCA bahagian Wee Jeck Seng pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Wee tewas kepada calon PKR, Md Farid Md Rafik dari PPBM pada piliihan raya 2018 dengan majoriti 524 undi. Kerusi Tanjung Piai kosong berikutan kematian Farid pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan Karmainie Sardini, seorang ahli perniagaan dan ketua PPBM bahagian sebagai calonnya.

Ismail mendedahkan pemilihan Karmaine, 66, itu bertentangan dengan anggapan pembangkang terhadap kerajaan.

“Kita ingat mereka hendak letak calon muda seperti disebut, tiba-tiba mereka letak orang yang sudah pencen,” katanya.

“Saya tidak mahu cakap kita seolah-olah menghina dia…kita akan letak calon lebih muda,” tambahnya.

Tanjung Piai akan mengundi pada 16 Nov ini.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kita mohon calon Islam mewakili PAS dan UMNO dalam PRK Tanjung Piai kerana pengundi majoriti adalah kaum Melayu.

    Kita tidak mahu calon kafir MCA bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana MCA telah bersekongkol dengan DAP untuk menjaga kepentingan puak kafir dan menentang ajaran Islam.

    Bahkan kaum cina sendiri menolak MCA apabila 95% kaum cina mengundi DAP dan sekutu DAP dalam PRU 14.

    BalasPadam
  2. Kami Melayani Pemesanan dan Pemasangan Mesin Fingerprint, Software Absensi, dan Aplikasi Mobile Monitoring, untuk Wilayah Kota/Kabupaten di Provinsi Lampung

    BalasPadam