Header Ads

ads header

Flash News

Mustahil ada calon sedia jadi wakil rakyat seawal 18 tahun


Mustahil untuk mana-mana parti mempersiapkan calon yang bersedia menjadi wakil rakyat seawal 18 tahun, memandangkan pindaan Perlembagaan berhubung pelaksanaan berkenaan masih terlalu baharu.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Pergerakan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak berkata, pihaknya terbuka dan mengalu-alukan mana-mana parti mencalonkan individu berusia 18 tahun bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, selagi mana perkara itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan Perlembagaan, maka ianya perlu dirai.

“Persoalannya di sini, adakah perkara ini selari dengan Perlembagaan memandangkan YDPA belum lagi memberikan kata putus bila pindaan Perlembagaan yang telah dipersetujui pada bulan Julai lepas akan berkuatkuasa?

“Sebagaimana komen Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa individu berusia 18 tahun masih belum boleh mengundi kerana kerana tarikh penguatkuasaan peruntukan itu belum ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, sepatutnya kelayakan untuk calon berusia 18 tahun bertanding di PRK Tanjung Piai ini tidak perlu ditimbulkan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau tertanya-tanya adakah parti-parti politik yang ingin bertanding mempunyai calon seperti yang diharapkan sekiranya perkara itu diteruskan.

“Agak mustahil untuk mereka mempersiapkan calon yang telah betul-betul bersedia untuk menjadi wakil rakyat pada usia masih belasan tahun.

“Namun, perkara ni tidak mustahil untuk dicapai sekiranya PRU diadakan dalam tempoh 2-3 tahun ini,” katanya.

Bermula PRK Parlimen Tanjung Piai bulan depan, mana-mana parti politik boleh meletakkan calon berusia 18 tahun berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sudah diwartakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Azhar dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Parlimen Tanjung Piai di ibu pejabat SPR, semalam.

Pindaan Perkara 47 (calon usia 18) dan Perkara 119 (had usia mengundi) Perlembagaan Persekutuan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 4 September lalu dan diwartakan pada 10 September.

Pada 16 Julai lalu Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Turut dipinda penurunan umur warganegara yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh SPR.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan