Header Ads

ads header

Flash News

Siasatan Kes Video Intim Mirip Menteri Belum Selesai


KUALA LUMPUR – Polis masih menyiasat kes membabitkan video intim melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip seorang menteri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan video tersebut.

“Siasatan belum selesai, saya tidak akan beritahu apa-apa buat masa ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutup Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSKK), Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2017/2019 di sini hari ini.

Awal bulan lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador turut menyatakan siasatan video intim yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden PKR itu masih berjalan.

Abdul Hamid memaklumkan bukan senang untuk pihaknya menjalankan siasatan terhadap kes yang begitu tinggi sudut teknikal.

Haziq Abdullah sebelum ini tampil mengaku sebagai salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks berkenaan. – Sinar Harian


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan