Header Ads

ads header

Flash News

PAS gesa k'jaan bentang Kertas Putih isu LTTE di Parlimen


PAS menggesa kerajaan membentangkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, susulan penangkapan beberapa individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan itu.

Antara yang ditahan termasuk dua adun DAP, iaitu G Saminathan dan P Gunasekaren.

"PAS memandang serius insiden penangkapan beberapa individu berprofil tinggi yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang menyokong fahaman pelampau LTTE di Malaysia, seperti diumumkan polis.

"Memandangkan kes ini satu perkara berkepentingan awam, PAS mendesak kerajaan membentangkan Kertas Putih di Parlimen mengenai penyebaran ideologi, rangkaian organisasi dan kegiatan pihak yang disyaki terlibat dengan LTTE di Malaysia, yang turut dikaitkan dengan beberapa pemimpin politik tempatan," kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa polis diberi kebebasan untuk menyisat dan mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya dalam menangani perkara itu, tanpa gangguan mana-mana pihak.

Pada 10 Oktober lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata polis telah memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan terlibat dengan LTTE.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan beberapa menteri daripada DAP menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) - yang membenarkan penahanan tanpa bicara - ke atas pemimpinnya yang ditahan berkaitan hal itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu kabinet agar menyerahkan siasatan kepada polis.

Untuk rekod, antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah memansuhkan Sosma dan sejumlah akta lain yang dikatakan menindas.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Apa la sialnya negara malaysia tanah melayu ini. Pengganas komunis pkm dan pengganas ltte dilantik menjadi kerajaan dan menguasai kerajaan pusat dan kerajaan2 negeri. Dap,,mereka ini anak didik yahudi,,dapat peruntukan daripada israel,,,kenapa mereka ini boleh dipilih org melayu menjadi pemimpin. Apakah org melayu sudah jadi bodoh mcm lembu,,,bukan sekadar melayu,,berugama islam lagi. Dah hilang pegangan dengan ajaran ugana ka, sehingga kafir harbi dap dijadikan rakan kongsi dan dilantik menjadi pemimmpin? Sekarang,,sekalipun pas dan umno bersatu hati,,teramat sukar untuk memperbaiki keadaan. Warga asing diberi kerakyatan,,250k lebih,,apa pasal? Tidak lain dan tidak bukan,,untuk merampas negara drpd orang melayu. Raja2 melayu,,kenapa berdiam diri dan tidak bersuara. Ini kedaulatan negara,,kenapa biar ahli politik menggadai negara.

    BalasPadam