Header Ads

ads header

Flash News

Pompeo hentam China di Vatican atas layanan terhadap Uighur


VATICAN CITY: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo hari ini menghentam China atas layanan terhadap kaum Uighur, ketika persidangan di Vatican sedang berlangsung disebalik bayangan krisis politik di AS.

Pompeo menyimpan kritikan paling kerasnya untuk China dalam ucaptama di sebuah persidangan Vatican mengenai kebebasan beragama. Negara lain yang dikritik adalah Cuba, Iran, Pakistan dan Myanmar.

“Apabila pemerintah perintah secara mutlak, ia menuntut rakyat menyembah kerajaan, bukan Tuhan,” katanya.

“Sebab itu China masukkan lebih satu juta Uighur beragama Islam dalam kem tahanan dan kenapa ia mencampak pastor Kristian dalam penjara.

“Apabila pemerintah perintah secara mutlak, Tuhan jadi ancaman mutlak pada kuasanya,” katanya.

China dikecam ramai pihak kerana mendirikan kompleks di wilayah Xinjiang yang digambarkan sebagai “pusat latihan vokasional” bagi membanteras ekstremisme dan memberikan kemahiran baru kepada orang.

“Hari ini kita mesti persiapkan diri untuk satu lagi pertempuran bagi mempertahankan maruah manusia dan kebebasan beragama,” katanya di persidangan yang dianjurkan Kedutaan AS di Vatican.

“Taruhannya lebih tinggi berbanding ketika Perang Dingin, kerana ancaman sekarang berbagai-bagai dan lebih banyak.”

Pompeo, yang akan bertemu Pope Francis pada pagi Khamis, kemudian melawat Sistine Chapel dan muzium Vatican.

Kunjungannya, yang termasuk lawatan ke kampung nenek moyangnya di wilayah Abruzzo di timur laut Rom dan singgah di Montenegro, Macedonia Utara dan Greece, dibayangi inkuiri pendakwaan di AS yang menyasarkan Presiden Donald Trump.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Salam. Mohon pautkan blog saya ke dalam blog list tuan. Tq
    https://pariajalanan.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam