Header Ads

ads header

Flash News

Amanah Pengkalan Chepa kena mesyuarat, pemilihan semula


Asalnya mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Amanah Pengkalan Chepa dijadual dibuat di sebuah sekolah, tetapi ia dibatalkan.

Majlis itu kemudian diadakan di sebuah warung makan. Mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk mengesahkan senarai calon yang menang. Pun akhirnya ia dibatalkan

Kini Amanah Pengkalan Chepa diarah supaya mengadakan pemilihan sekali lagi oleh ibu pejabat parti itu.

Arahan berkenaan dibuat selepas bantahan sebahagian daripada perwakilan kawasan itu diterima Amanah Nasional, sekali gus menjadikan keputusan pemilihan sebelum ini terbatal.
Iklan

Dalam satu notis yang dilihat Malaysiakini, Jawatankuasa Aduan Amanah Nasional yang bersidang pada 5 Nov lalu membuat keputusan bahawa mesyuarat Amanah Pengkalan Chepa pada 27 Okt lalu tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan serta tatacara parti.

"Justeru, mesyuarat tahunan Amanah Pengkalan Chepa hendaklah diadakan semula dengan mematuhi perlembagaan dan tatacara Amanah," kata notis yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Notis itu bertarikh 6 Nov lalu.

Patut tujuh hari


Malaysiakini pada 5 Nov lalu melaporkan pemilihan kedua itu dibantah oleh sesetengah perwakilan yang tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaan yang didakwa melanggar perlembagaan parti.

Menurut sumber, bantahan tersebut sudah dikemukakan kepada Amanah Nasional agar tindakan dan pemilihan yang lebih adil dijalankan semula.

Bagaimanapun sumber tersebut enggan mendedahkan alasan terperinci mengenainya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Kelantan, Mohd Alawi Abdul Rashid, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan mengenai notis arahan mengadakan pemilihan semula kali ketiga itu.

Menurutnya, bantahan dan penerimaannya itu dibuat susulan mesyuarat yang diadakan sebelum ini tidak menepati syarat mengeluarkan notis pertukaran tempat.

"Mengikut notis asal mereka mahu jalankan mesyuarat itu di sebuah sekolah, tetapi ditukar ke tempat lain (warung) dengan tempoh notis yang singkat.

"Sepatutnya notis dikeluarkan tujuh hari sebelum mesyuarat berlangsung. Justeru, Amanah Pengkalan Chepa perlu mengadakan pemilihan semula, sekiranya gagal bakal berdepan dengan pembubaran," katanya.



MR :  kenapa tak mesyuarat di bawah pokok?




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kalau nak sangat bagi Nik Omar, tak payah buat pemilihan. Bagi je semua jawatan kat dia.

    BalasPadam