Header Ads

ads header

Flash News

Bersih 2.0 Gesa SPR Tolak Permit Kempen Rumah Ke Rumah


PETALING JAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak peraturan yang menetapkan keperluan memohon permit bagi tujuan berkempen dari rumah ke rumah semasa pilihan raya, mengingatkan polis tidak boleh melampaui batasan yang ditetapkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5).

Jawatankuasa pemandu badan pemantau pilihan raya itu berkata Seksyen 24B hanya menetapkan calon perlu meminta permit polis sekiranya ingin menganjurkan apa-apa perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan yang di dalamnya ada ucapan atau syarahan.

“Lebih-lebih lagi peraturan ini ditetapkan pada pertengahan kempen sedang berjalan. Tempoh berkempen yang singkat dan keperluan memohon permit untuk berkempen dari rumah ke rumah adalah menyusahkan serta tidak adil kepada calon-calon yang sedang berkempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bersih 2.0 menambah cadangan perlunya permit polis untuk berkempen dari pintu ke pintu tidak munasabah, berikutan permit polis tidak diperlukan untuk berhimpun bawah Akta Perhimpunan Aman (Akta 736), dan menggesa peruntukan mengenai keperluan permit dalam Akta 5 diselaraskan dengan Akta 736, termasuk permit ceramah.

“Bersih 2.0 menggesa agar polis dan SPR menarik balik peraturan tersebut dan memberikan kebebasan kepada calon-calon PRK Tanjung Piai berkempen dengan apa-apa kaedah yang mereka rasakan perlu selagi mereka berpegang kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya serta undang-undang lain yang berkaitan,” katanya. – FMT



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan