Header Ads

ads header

Flash News

Jual PLUS mesti munasabah pada pencarum KWSP, kata CEO


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias berkata jualan PLUS Malaysia Berhad, di mana pihaknya mempunyai kepentingan sebanyak 49%, “mesti munasabah” kepada pencarumnya dalam bentuk pulangan dan manfaat.

Katanya, setiap tawaran perlu dilihat adakah lebih baik untuk menjual dan membayar dividen atau menjauhi penjualan bagi mengekalkan kemapanan pulangan.

Beliau juga menegaskan pulangan dan manfaat tidak terhad pada bentuk kewangan tetapi juga aspek sosial.

“Bagaimana dengan manfaat sosial daripada prasarana yang amat penting ini, dari segi keselamatan, kemudahan serta pergerakan.

  Adakah kita boleh serahkannya, tanpa kita tahu apakah tahap kualiti yang dinikmati selama ini akan dikekalkan?” katanya pada perbincangan panel di Forum Ekonomi Belia hari ini.

Alizakri berkata sekiranya PLUS harus dijual kepada pihak lain, KWSP perlu memastikan ia selesa dengan pembelinya.

Beliau berkata, sekarang ini, KWSP dan Khazanah Nasional Bhd, yang memegang 51% kepentingan dalam PLUS, “sejajar kerana kita berkhidmat untuk rakyat”.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan, yang turut menyertai perbincangan itu, berkata ada tiga perkara penting perlu dipertimbangkan sebelum jualan PLUS berlangsung.

Beliau berkata sebarang rancangan untuk mengurangkan kadar tol bermakna konsesi tol akan dilanjutkan.

“Adakah lebih baik ia dimiliki bagi pihak rakyat atau lebih baik ia dimiliki entiti swasta, yang didorong keuntungan.

“Dan perkara ketiga adalah, untuk menjayakannya, kamu pada asasnya memberikan jaminan kerajaan. Jadi, patutkah entiti swasta dapat manfaat daripada jaminan kerajaan berbanding rakyat?” katanya.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan