Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda Perak lapor polis terhadap LGE, Salahuddin


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAN, Dato’ Salahuddin Ayub di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini petang semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait dan Ustaz Mohd Hafez Sabri berikutan ucapan sensitif, provokasi, biadab, menghasut serta menyalahi undang-undang.



Mengulas mengenai kebiadaban Guan Eng, Ustaz Hafez berkata, Menteri Kewangan tersebut sengaja mencetus provokasi yang berulang kali dan menyebar fitnah ke dalam masyarakat dengan tuduhan melampau.

“Saya merasakan ucapan beliau adalah berbaur sensitif, bersifat provokasi dan hasutan, berita palsu, tidak menghormati agama Islam, kacau bilau dan mencetus ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

“Berdasarkan ucapan yang tular di laman sesawang rasmi DAP, beliau (Guan Eng) telah menyifatkan PAS dan Umno parti perkauman apabila barangan perniagaan bukan Islam dan bukan Melayu yang tidak menyokong parti itu digelar pengganas dan komunis. Ini jelas bahawa beliau memfitnah.

“Beliau cuba sebar dakyah diskriminasi kaum di Malaysia ini seharusnya diambil tindakan oleh pihak berwajib dan disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak.

Ustaz Ahmad Faisal pula menekankan, kenyataan Salahuddin yang berbaur perkauman, menghasut kebencian kaum serta boleh mengancam kestabilan pelbagai kaum dalam negara ini wajar ditarik semula dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

”Saya tau ada marahkan PH, tapi ingat, kalau bagi balik (jika beri) BN berkuasa, dia (BN) kawan sama PAS, ini country (negara) akan huru hara! Kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, tak ada orang tembak sana sini, tak ada orang bakar sana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh,” ujarnya mengajuk semula kata-kata Salahuddin.

Menurut Ustaz Faisal, ucapan tersebut telah disebar meluas di alam maya tanpa mengambil kira sensitiviti mana-mana pihak, sekali gus pihaknya mendesak agar hasutan yang cukup jahat ini diambil tindakan oleh pihak polis.

“Bukan itu sahaja, Dewan Pemuda PAS Perak juga mendesak agar Peguam Negara memberi kerjasama yang baik pada pihak PDRM supaya dapat mendakwa Adun ini yang sengaja mencetus huru-hara di dalam negara kita ini,” tegas beliau.

Tambah beliau, sikap pemimpin PH yang melampaui batas ini seharusnya tidak layak menjadi kerajaan sebaliknya memadai sebagai kerajaan sepenggal bagi mengelakkan hal-hal sebegini berulang lagi. – HARAKAHDAILY 9/11/2019





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan