Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana Muslim PH kena kencing pasal DAP berkaitan hutang di Pulau Pinang?


Kenapa penyokong PH masih termakan propaganda penipuan bahawa Guan Eng telah mengurangkan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95% melalui pengurusan kerajaan negeri yang kononnya "baik"?

Realitinya ialah Guan Eng telah memajakkan aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.

Dengan itu, kerajaan persekutuan mengambil alih hutang negeri Pulau Pinang dan mengenakan bayaran pajakan tahunan ke atas Pulau Pinang selama 45 tahun.

Ini telah dijelaskan dalam laporan audit negari tahun 2011.
https://www.audit.gov.my/docs/BM/LKAN2011/Negeri/Penyata%20Kewangan/PULAU%20PINANG%205.10.2012.pdf

Bukan Guan Eng yang mengurangkan hutang negeri Pulau Pinang tetapi kerajaan BN masa saya PM yang berbuat demikian.

Tapi selama ini, dia yang claim kredit pulak.

Yang pelik ialah ada lagi yang masih sanggup tertipu!.

Realitinya ialah dalam tempoh 10 tahun dia Ketua Menteri, perbelanjaan mengurus tahunan Pulau Pinang naik berganda dari RM250 juta pada tahun 2007 ke RM706 juta setahun pada akhir tahun 2017.

Untuk menampung kenaikan ini, Kerajaan DAP banyak menjual tanah negeri serta menaikkan cukai tanah dan cukai air.

Cuba tanya warga Pulau Pinang:

"Apa aset negeri yang memberi pulangan tahunan baik telah dibina oleh Guan Eng dalam tempoh 10 tahun dia Ketua Menteri?"

Susah mereka nak jawab kerana jawapannya ialah "tiada".

Dia pandai mengurangkan hutang?

Tak tepat.

Yang tepat ialah dia pandai menjual aset dan menaikkan pelbagai cukai.

Itulah track-record selama 10 tahun sebagai Ketua Menteri.

Lepas itu dia tinggalkan Pulau Pinang untuk melakukan kaedah serupa dengan kerajaan Persekutuan.

Pada masa hadapan selepas dia henti sebagai Menteri Kewayangan, masalah kekurangan aset negara, perbelanjaan tahunan yang telah meningkat tinggi serta cukai dan tarif yang dinaikkan bukan lagi masalah dia.

Dengan ini, jangan tertipu lagi dengan propaganda DAP.

Najib Razak





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Melayu ph kn bodoh betingkat2....
    Lagi2 melayu pulau pinang,,,puihh kt muke depa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa melayu kita yg dah lama duk ditaikkan oleh UMNO ni...semak sejarah laaa...mana ada melayu dpt hidup senang walaupun parti melayu yg memerintah...Cilaka punya umno.

      Padam
  2. Buat yang suka begadang, mari mainkan game bola online dari IONQQ".COM
    info whatsapp +855 1537 3217, di tunggu yaa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut ajaran Islam,arak , judi dan ramalan nasib adalah pekerjaan syaitan atau dengan kata mudah, manusia yang berjudi serta mengajak orang berjudi adalah mereka yang membuat kerja kerja syaitan ataupun mereka adalah syaitan yang berwajah manusia

      Padam
  3. Jangan nk menipu lagi Najib..sumpah laknat pn bercanggah dgn hukum agama Islam..klu berani panggil lh Azilah sekali buat sumpah laknat..kau seorang buat apa...

    BalasPadam
  4. Bio v plus....babi punye rba daping
    Nie tulang babi
    Gonggong smpi mati
    Puihhh

    BalasPadam