Header Ads

ads header

Flash News

PAS Rakam Tahniah Persidangan Dong Zong Batal


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memuji tindakan bijaksana dan pantas oleh pihak Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang yang telah memohon dan mendapat perintah ex-parte dari Mahkamah Majistret Kajang bagi menghalang pihak Dong Zong agar tidak meneruskan Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi yang akan diadakan pada 28 Disember 2019 di Kolej New Era, Kajang.

PAS juga berterima kasih dan menghargai Majistret Syahrul Sazly Md Sain, yang telah mengeluarkan perintah tersebut atas asas “bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gempar jika persidangan diadakan”.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada 40 NGO yang telah membuat laporan polis bagi menghalang persidangan yang mengancam ketenteraman awam tersebut.

Namun, PAS amat kecewa dengan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy, yang gagal menangani isu ini malah mengapi-apikan lagi tentangan ke atas tulisan dalam beberapa kenyataan sebelum ini iaitu:

1.  Menyatakan dalam Malaysiakini pada 11 Ogos 2019 bahawa beliau tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah 4 di sekolah vernakular.

2. Mempertahankan hak dan menggalakkan dalam Malaysiakini pada 17 Disember 2019 Dong Zong untuk menganjurkan Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi atas dasar kebebasan bersuara.

Sehubungan dengan itu, PAS turut mendesak agar P Waytha Moorthy dilucutkan sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial kerana sudah terlalu banyak tindakan dan kenyataan yang langsung tiada wibawa untuk menjaga perpaduan di negara kita.

'Islam Memimpin Perpaduan'
Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera'

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 Disember 2019 | 1 Jamadilawal 1441




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Buat yang suka begadang, mari mainkan game bola online dari IONQQ".COM
    info whatsapp +855 1537 3217, di tunggu yaa ^^

    BalasPadam