Header Ads

ads header

Flash News

Protes di India: 2 lagi maut ditembak polis


NEW DELHI: Dua orang maut selepas polis melepaskan tembakan terhadap ratusan penunjuk perasaan di selatan India semalam, susulan protes ganas yang merebak ke seluruh India akibat kemarahan mereka terhadap undang-undang kewarganegaraan baru yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah yang maut setakat ini 8 orang selepas lebih seminggu rusuhan berlaku di India, dengan pihak berkuasa mematikan internet dan khidmat pesanan ringkas di negara itu yang mempunyai puluhan juta penduduk.

Di selatan bandar Mangalore, 2 lelaki yang dikenal pasti sebagai Abdul Jalil, 49, dan Samshir Kudroli, 23, maut selepas polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan, kata timbalan pesuruhjaya polis, Qadir Shah kepada AFP. Shah berkata polis terpaksa melepaskan tembakan selepas kira-kira 200 orang penunjuk perasaan yang sedang berarak enggan bersurai.


“Mereka bergerak ke arah kawasan Mangalaru yang sibuk dan menyebabkan lathi (senjata batang kayu) dikenakan, kemudian gas pemedih mata dilepaskan. Apabila penunjuk perasaan masih tidak berhenti, polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata perintah berkurung telah dikenakan di bandar berkenaan dengan sekolah, restoran dan bar diarah ditutup.

Empat lagi mangsa sedang dirawat di sebuah hospital di Mangalore “dengan kecederaan ditembak”, kata seorang pegawai perubatan daerah kepada AFP.

Kematian ke-3 juga dilaporkan di negeri utara, Uttar Pradesh selepas seorang lelaki yang cedera parah dimasukkan ke hospital di Lucknow sebelum dikatakan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Polis bagaimanapun tidak mengesahkan kematian itu, tetapi bapa mangsa memberitahu Times of India anaknya ditembak selepas ditangkap dalam kerumunan penunjuk perasaan ketika keluar memberi barangan runcit.

Protes yang hampir melumpuhkan seluruh India itu disebabkan kemarahan memuncak rakyat terhadap undang-undang baru yang melonggarkan peraturan kewarganegaraan terhadap warga asing yang melarikan diri daripada penganiayaan dari tiga negara jiran, tetapi dikecualikan kepada orang Islam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Admin izin promo ya min^^
    Mari gabung bersama kami yang terpercaya di Indonesia (whatsapp +855 979 542 957)

    BalasPadam