Header Ads

ads header

Flash News

Amerika, Israel, Iran, Syiah dan Trump


(1)     Hari ini apabila Trump mengisytiharkan ‘tiada perang’, ada yang membuat kesimpulan ‘aku dah kata, Iran dan Amerika ni drama saja’.

Kerana mereka berpegang bahawa asal usul Syiah yang mendominasi Iran itu sendiri ciptaan Yahudi. Jadi, hasil pegangan ini mereka berpegang bahawa Iran itu pakatan Amerika.

(2)     Sepertimana yang pernah saya tulis, analisa-analisa menunjukkan bahawa masing-masing tidak bersedia untuk berperang. Sekalipun Russia dan China telah menyatakan kesediaan bersama Iran berhadapan Amerika.

Masing-masing cuma mampu menunjuk keangkuhan di hadapan media sahaja. Bukan bermakna kenyataan Trump hari ini merupakan kesimpulan kepada wayang Amerika Iran.

(3)     Sama seperti isu Kashmir sebelum ini. Iaitu pertembungan antara India dan Pakistan yang sudah memakan masa puluhan tahun. Kedua-duanya hanya berani mendabik dada.

Hakikatnya kedua-duanya tidak sanggup untuk berperang di saat ini. Hal ini boleh dilihat dari segi kewangan negara-negara yang sememangnya meruncing termasuk Amerika.

(4)     Berperang cuma meletakkan mereka itu ke dalam kemusnahan yang tiada faedah. Dunia hari ini sudah mula berubah angin pemikirannya berbanding dahulu.

Kalau dahulu, dengan peperangan itu meluaskan empayar, dan mengkayakan. Namun hari ini sudah cukup dengan main skil politik untuk memperolehi keuntungan yang sama tanpa perlu perang pun.

Trump dan dalaman Amerika

(1)     Serangan terhadap Jeneral Qassim Sulaimani beberapa hari lepas tanpa kelulusan Kongres. Maka pada hari ini mereka telah mengeluarkan kenyataan.

Iaitu kenyataan usaha untuk menghadkan kuasa Trump. Bertujuan supaya mana-mana pengisytiharan perang ke atas negara lain perlu mendapat persetujuan dari kongres terlebih dahulu.

(2)     Mereka melihat kesan negatif apabila kuasa Presiden Amerika terlalu besar, sehingga boleh melanggar kepentingan bersama. Bahasa mudahnya, jangan main langgar sahaja.

Siang tadi Trump membuat kenyataan untuk tidak membuat serangan balas terhadap serangan daripada Iran. Benar sepertimana yang dikatakan.

(3)     Amerika hakikatnya tidak bersedia untuk berperang ketika ini. Kekuatan yang ada belum cukup power untuk bersaing dengan teknologi Iran.

Apatah lagi isu-isu kewangan. Apa yang diisytiharkan oleh beliau siang tadi cumalah sekatan ekonomi ke atas Iran. Jelas sepertimana yang saya ceritakan di awal tadi.

Iaitu peperangan hari ini dilihat peluasan pengaruh itu lebih mujarab berbanding peluasan tanah jajahan sepertimana kolonialisasi zaman British.

(4)     Maka, tekanan ekonomi bagi beliau adalah satu kewajaran. Manakala Iran pula melancarkan peluru berpandu mereka itu seolah-olah nak bagi isyarat kepada Amerika.

Antara andaian dan kajian

(1)     Selain itu, Iran juga ‘tahu mengukur baju sendiri’. Serangan yang dilihat sebagai acah-acah itu sebagai tanda Iran juga tidak bersedia dengan permainan kasar Amerika.

Masing-masing tidak bersedia untuk berhadapan dengan pertumpahan darah yang berisiko. Berfikir rasional itu lebih wajar berbanding bertindak semberono.

(2)     Walaupun ada yang melihat pertembungan ini dari sudut kaca mata drama, terpulang. Golongan ini berpendapat pembunuhan Jeneral Qassim itu juga dirancang.

Iaitu dirancang oleh orang-orang Iran yang menyimpan dendam terhadap beliau. Lalu berpakat dengan Amerika untuk membunuhnya.

(3)     Walaupun mereka lihat kemungkinan ini sebagai satu rasional, namun perlu diperhatikan panjang lagi drama ini (sekiranya dianggap drama) dalam episod-episod seterusnya.

Asalkan tidak terjerat dengan permainan sektarian mazhab yang merugikan Umat Islam sejak zaman berzaman. Antara poin mereka, Syiah itu ciptaan Yahudi.

(4)     Hal ini saya akan ulas selepas ini. Cuma Umat Islam sentiasa dituntut untuk bersatu. Jangan disebabkan perbezaan mazhab, menyebabkan kita lebih rela diperdajal oleh Yahudi.

Kajilah laporan-laporan RAND Corporation yang telah saya dedahkan dalam artikel-artikel sebelum ini. Supaya kita kenal siapa yang boleh dibuat rakan, dan siapa musuh.

Syiah atau sektarian mazhab?

(1)     Boleh kaji semula, apa yang dicipta oleh Yahudi? Sama ada Syiah itukah, atau sektarian mazhab? Yang memecah belahkan Islam ialah ‘Syiah’ atau sektarian mazhab?

Ada pendapat mengatakan Syiah itu diasaskan oleh Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi. Namun, perlu tahu tujuannya ketika itu ialah memecah belahkan Umat Islam.

Iaitu di kala peristiwa perselisihan antara kumpulan Saidina Ali dan Saidina Mu’awiyyah. Tujuan orang munafik yang didalangi oleh Yahudi ketika itu ialah untuk memecah belahkan Umat Islam.

(2)     Secara rasionalnya, agak pelik kalau kita andaikan di kala Umat Islam berselisih, tiba-tiba datang Abdullah bin Saba cuba nak sesatkan orang Islam. Semacam tidak ‘merge’.

Maka, agak rasional kalau kita katakan bahawa di saat Umat Islam berselisih, datangnya Abdullah bin Saba cuba mengambil kesempatan memecah belahkan Umat Islam.

Lalu dia menubuhkan Syiah untuk merealisasikan tujuan itu. Begitulah pandangan saya yang terjadi pada hari ini, isu Syiah bertembung dengan Sunni adalah sektarian mazhab.

(3)     Sentimen ini dibakar oleh Barat, dengan tujuan yang sama dengan Abdullah bin Saba’ dahulu, iaitu memecah belahkan Umat Islam dan bergaduh sesama sendiri.

Maka pada hari ini, Syiah itu telah pun tertubuh. Kalau nak kecam seribu langit pun ia tetap wujud. Cumanya hari ini bagaimana kita nak ‘uruskan’ perbezaan mazhab ini supaya tidak dijadikan alat bakaran musuh.

InsyaAllah saya akan menulis dalam artikel lain mengenai perselisihan Syiah dan Sunni yang tidak sepatutnya dijadikan bahan bakaran sektarian mazhab sehingga menguntungkan musuh.

Kemungkinan Israel menggantikan Amerika

(1)     Politik dalaman Amerika sendiri berlakunya konflik. Trump dilihat mengancam ‘watak baik’ Amerika sebagai kuasa besar yang mengamalkan Liberalism.

Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini, Trump mempunyai musuh politik yang ramai. Tindakan-tindakan sengalnya akan menguntungkan lagi pengaruh pesaingnya.

(2)     Tindakan-tindakan Trump mencari pasal dengan beberapa negara, perlu diperhatikan. Contohnya Trump secara berseorangannya mengiktiraf Bandaraya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel.

Sebelum ini, beliau juga turut bersetuju untuk memindahkan kedutaaan negaranya yang berada di Tel Aviv ke Bandaraya Baitulmaqdis.

(3)     Antara poin yang perlu kita perhatikan ialah Amerika, Iran ,China Russia dan negara-negara yang lain masing-masing tidak mahu berperang sekalipun kelihatan angkuh di media.

Soalannya, siapakah yang nak sangat negara-negara ini berperang? Sepertimana yang saya nyatakan di dalam artikel sebelum ini, sekiranya negara-negara bertembung, maka yang untung adalah Israel.

a-     Justeru, Israel inginkan negara-negara ini berperang. Israel tahu bahawa negara negara itu sudah pun goyang dengan krisis dalaman dan masalah kewangan.

b-    Israel juga tahu bahawa negara-negara lain tidak bersedia pun untuk berperang. Jadi Israel seolah-olah ingin wujudkan fenomena ‘menang jadi abu kalah jadi arang’.

Fenomena hari ini diwujudkan bagi memastikan agenda Israel rakyat itu terbina di atas runtuhan tamadun-tamadun yang penat keletihan berperang

Pilihan Raya Presiden 2020

(1)     Pilihan Raya Presiden Amerika yang bakal berlangsung pada akhir 2010 ini mungkin menjadi sebab rasional kenapa tindakan Trump agak agresif.

Beliau cuba memposisikan dirinya sebagai orang yang ‘melaksanakan apa yang dikatakan’ berbeza dengan pimpinan-pimpinan politik biasanya hanya bergimik.

(2)     Apatah lagi beliau berhadapan dengan fenomena golongan perempuan muda yang cuba mencorak realiti politik di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama dunia hari ini berhadapan dengan fenomena global protes yang banyak didominasi oleh golongan wanita muda menuntut bermacam-macam hak.

a-     Di Sudan terkenal dengan Alaa Salah yang diikonkan sebagai Nubian Queen melatari Revolusi Sudan menjatuhkan Omar Basyir.

b-     Di Lubnan baru-baru ini muncul Malak Alaywe yang menendang bodyguard Menteri negara tersebut. Video pendek tersebut disebar dan dijelmakan dalam bentuk potret kebangkitan

c-     Bakal pencabar Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 2020, adalah seorang perempuan muda Tulsi Galbard sudah mula memainkan isu ‘jenayah’ Trump terhadap Asia Barat.

d-     Antara yang terbaru, ialah Perdana Menteri Finland yang baru (10 Disember), Sanna Marine berusia 34 tahun. Beliau dibesarkan oleh pasangan perempuan (lesbian).

e-     Majalah TIME Disember 2019 meletakkan Greta Thurnberg, seorang perempuan muda sebagai ‘Person Of The Year’ dengan slogan ‘The Power Of Youth’.

Seolah-olah frame yang saya paparkan ini, dicorak oleh Barat semata-mata untuk menjatuhkan Trump sebagai Presiden Amerika dalam pilihan raya akan datang. Wallahuaklam.

  MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
HARAKAHDAILY 11/1/2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan