Header Ads

ads header

Flash News

Jabatan Peguam Negara kekurangan bukti untuk dakwa Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkata wujud percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan terhadap mana-mana individu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain mengikut kanun sama.

“Kami juga mendapati tidak ada cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan yang ada dalam kertas siasatan.

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang Pejabat Peguam Negara hari ini.

Beliau juga berkata, berdasarkan amalan standard, penyiasatan bagi kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat penemuan bukti baharu.

Engku Nor Faizah berkata Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, juga tidak mencampuri segala pertimbangan mengenai siasatan itu sejak dari awal kerana hubungannya dengan Anwar sejak pertengahan tahun 1990-an.

"Oleh demikian, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di bawah kendaliannya dipertanggungjawab untuk menilai setiap bukti dan menentukan keputusan ini," katanya.

Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, meminta polis menyiasat akuan berkanunnya yang antara lain mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh oleh Anwar.

Anwar bagaimanapun menafikan keras dakwaan berkenaan dan turut membuat aduan polis.


MR :  kurang bukti tidak bermakna tak ada bukti...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan