Header Ads

ads header

Flash News

Cedera pada tengkorak & usus, ibu tunggal didakwa bunuh anak kandung


Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai buat pasangan suami isteri. Namun begitu, masih terdapat ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka malah turut terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.

Baru-baru ini, seorang wanita telah didakwa atas pertuduhan membunuh anak perempuannya pada sekitar tarikh 5 hingga 11 Januari lalu di sebuah apartment di Taman Kempas Indah, Johor bahru.



Menurut laporan media pada 13 Januari lalu, mangsa Nur Shahana Abdus Quddus itu telah didera oleh ibu kandung, Nurul Shamira Mazlan dan teman lelakinya sehingga menyebabkan kematian.

Mangsa yang berusia dua tahun menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 12.10 tengah hari ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan dengan masalah jangkitan kuman.

Doktor yang merawat mangsa mengesyaki terdapat beberapa unsur penderaan setelah dilihat berdasarkan kecederaan fizikal yang dialami oleh mangsa tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian seperti di tangan kiri, tangan kanan dan di bahagian perut, selain daripada kesan gigitan pada tangan kiri dan kanan mangsa.

Setelah bedah siasat dilakukan, keputusan mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan pada bahagian tengkorak dan usus akibat hentakan objek tumpul.

Sumber : Berita harian




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan