Header Ads

ads header

Flash News

Faktor Kekuatan Fenomena Bossku Hinggakan Pengaruh Dr. Mahathir Semakin Layu


Kita sering memperkatakan kejayaan Bossku mentadbir negara dalam tempuh beliau menjadi Perdana Menteri.

Tiada yang boleh kita nafikan kesungguhannya mengotakan kata 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.



Kebijaksanaan DS Najib menguruskan negara sangat luar biasa sehinggakan beliau pernah dangkat antara Menteri Kewangan Tebaik Dunia.

Mungkin kita terlepas pandang ataupun tidak menjangkakan bahawa DS Najib sedang mencipta satu lagi fenomena.

Tanpa sedar DS Najib sedang menunjukkan semangat juang yang tiada tolok bandingnya.

Andai kita berada di kedudukan DSN, mampukah kita bangun semula?

Pasti tidak ramai yang berani berkata mampu.

Belum ada dalam sejarah politik tanahair, ada seorang ahli politik yang mampu berbuat demikian.

Bayangkan, dari seorang Perdana Menteri yang sudah tewas, hilang jawatan Perdana Menteri, didesak melepaskan jawatan presiden parti, dikenakan berpuluh pertuduhan, isteri dan anak-anak turut ditekan, passport antarabangsa ditahan, akaun bank dibekukan, dipinggirkan rakan seperjuangan.

Terbaru, mahu disabitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Apakah ada ahli politik yang sanggup menghadapinya?

Cuma dengan satu pertuduhan mahkamah pun sudah cukup membuatkan mereka tidak bermaya dan terduduk.

Kita kagum dengan perancangan pembangunan DS Najib.

Kita kagum dengan kesungguhannya menyediakan pemudah cara kepada setiap lapisan masyarakat.


Tapi kita lebih kagum dengan kemampuannya untuk bangun semula setelah segala macam permasalahan dan tekanan maha hebat yang dihadapinya.

Jika difikirkan dari logik akal, mana manusia boleh bangun sepantas DS Najib.

Kita tahu bahawa percaturan Dr. Mahathir biasanya terus 'checkmate' untuk 'mematikan' lawan.

Ianya berlaku pada semua musuh politik Dr. Mahathir.


Tun Musa Hitam dijadikan kambing hitam.


Allahyarham Tun Ghafar Baba diaibkan.


Dan Pak Lah bagaikan menerima seadanya.


Malahan Anwar juga sudah di penghujung jalan dan bakal tumbang.

Mungkin masih terlalu awal untuk kita mengatakan bahawa DSN boleh terlepas dari perangkap Dr. Mahathir.

Tetapi jangan lupa, DS Najib adalah anak didik Dr. Mahathir.

Kita juga perlu tahu bahawa DS Najib juga sudah masak dengan percaturan Dr. Mahathir.

Sejak Musa Hitam hilang jawatan TPM, DS Najib sudah menjadi menteri kabinet.

Begitulah juga dengan TPM yang lain seperti penyingkiran Anwar dan Ghafar Baba.

Pak Lah turun pun adakah atas desakan Dr. Mahathir.

Semuanya berlaku di hadapan mata DS Najib, segala perancanga dan kelicikan Dr. Mahathir ada dalam tangan DS Najib.

Secara mudahnya, DS Najib kenal Dr. Mahathir luar dan dalam.

Apabila DS Najib berkata dia tidak mahu rakyat berdemonstrasi, mungkin DS Najib sudah melihat Anwar tetap dipenjara walaupun rakyat ketika itu saban hari berdemo.


DS Najib tahu bahawa Dr. Mahathir bijak mencari simpati apabila rakyat menentang secara beremosi.

DS Najib tahu bahawa Dr. Mahathir mengharapkannya berlaku, tapi ianya tidak terjadi.

DS Najib juga tidak mengharapkan sokongan sepenuhnya dari UMNO.

Kita pun sedia maklum bahawa ada pemimpin UMNO yang tidak menyenanginya.

Malahan masih ada orang-orang Dr. Mahathir dalam UMNO.

Pemimpin atasan UMNO jugalah yang mendesak beliau turun.

Maksudnya, campurtangan UMNO boleh membuatnya lebih tidak selamat.

Memang sukar kita membaca perancangan DS Najib.

Beliau ada berkata bahawa beliau tidak mahu kembali menjawat jawatan Perdana Menteri.

Mungkin ini adalah percaturannya yang mahukan Dr. Mahathir menukar strategi atau lebih berlembut.

Apapun kita tahu bahawa rata-rata rakyat masih mahu DS Najib kembali meneraju negara kerana tugasannya menjayakan TN50 belum sampai ke penghujung.

Fenomena Bossku Adalah Yang Paling Menarik


Siapa boleh menjangka, seorang insan yang bernama Najib Razak, yang dihina, dicerca, difitnah, dituduh pencuri dan penyamun kini menjadi pujaan rakyat.

Sangat luar biasa.

DS Najib tahu rakyat membenci Mahathir.

Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh DS Najib.

Perlu diingat, KUASA RAKYAT adalah penentu.

Beberapa PRK yang menumbangkan calon Pakatan Harapan dan yang terbaru di PRK Kimanis telah membuktikan Dr. Mahathir mempunyai kuasa pemerintahan tetapi rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan memerintah.


Kalau kita imbas kembali, sejak munculnya fenomena Bossku, kemunculan DS Najib dalam setiap PRK memberikan impak yang sangat positif kepada calon Barisan Nasional.

Pasti ianya memeningkan dan meresahkan Dr. Mahathir.


Akuan Bersumpah (SD) Azilah yang mengatakan bahawa DS Najib mengarahkannya membunuh Altantuya.

DS Najib tahu bahawa penyataan bertulis itu juga adalah percaturan Dr. Mahathir.

DS Najib tahu bahawa bagi Dr. Mahathir, matlamat menghalalkan cara.

DS Najib segera mengambil langkah melafazkan sumpah laknat.

Ianya sangat berkesan untuk meyakinkan rakyat walaupun kita tahu bahawa ianya adalah urusan antara DS Najib dengan Allah SWT.

Kita tahu bahawa sumpah laknat tidak boleh dilafazkan sembarangan kecuali kita tahu kita tidak bersalah dan kita dianiaya.


Itulah DS Najib Tun Razak.

Tanpa sedar DS Najib mengajar kita menjadi insan yang tabah, tidak mengaku kalah, tidak takut kepada tekanan, menentang kejahatan dan menegak kebenaran.

Lebih mengkagumkan ialah, belum pernah kita mendengar DS Najib berdendam atau menunjukkan amarahnya pada rakan-rakan seperjuangannya yang menyingkir dan menghinanya.

Kita tahu bahawa sehingga sekarang pun masih ada yang memburuk-burukkannya.

Itulah kehebatan pemimpin kesayangan kita.

Sesungguhnya inilah masanya untuk kita belajar.

Andai kita ingin menjadi seorang pejuang, contohilah DS Najib.

Andai kita ingin mencari kekuatan, kuatlah seperti DS Najib.

Andai ingin menjadi pemimpin, ikutlah cara DS Najib.

Andai ingin menjadi insan yang baik, jadilah seperti DS Najib.

Kita tahu Rasulullah SAW adalah yang terbaik dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

Apa yang baik kita contohi dan banyak juga yang boleh kita pelajari dari DS Najib.

Ramai pemerhati yakin, kali ini sudah sampai masanya Dr. Mahathir yang akan tumbang.

Benar, Dr. Mahathir adalah seorang yang bijak dalam mengatur perancangan tetapi beliau lupa, Allah SWT Maha Bijak.


Perancangan Dr. Mahathir adalah untuk melenyapkan terus legasi DS Najib dari dunia politik tanah air malah tidak keterlaluan kalau dikatakan melenyapkan terus aura DS Najib dari bumi Malaysia tetapi Allah SWT mempunyai perancangan yang lain.

Setiap yang dirancang oleh Dr. Mahathir, akhirnya memakan diri sendiri.

Bermula dari fitnah 1MDB hinggalah yang terbaru pembunuhan Altantuya, DS Najib bukan sahaja tidak dapat dibunuh karektornya malah mendapat 'polical mileage' dari setiap peluru yang Dr. Mahathir keluarkan.

Memang aneh perancangan Allah SWT tetapi ingatlah, walau seribu tangan ingin menjatuhkan seseorang tetapi sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, PASTI tidak akan jatuh,mereka mempunyai perancangan, Allah SWT juga mempunyai perancangan, sesungguhnya perancangan Allah SWT yang akan berjaya.

Allah SWT akan sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan berada dalam kebenaran, inilah sebenarnya faktor utama kekuatan kepada kebangkitan DS Najib.


Dari tulisan asal :
RAJA ANNUAR ADNAN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. smoga Allah beri pgajaran kpd mana2 manusia yg mcipta fitnah utk mjatuhkn DsN..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Allah itu maha kuasa..saya sendiri antara orang yang paling benci tengok muka tun Mahathir walaupun dalam tv atau hanya mendengar suaranya dalam radio..bila kita fikir dan tengok apa saja yang keluar dari mulut tun Mahathir bagi saya semua pembohongan semata-mata bagi saya orang tua yang tidak sedar diri dan hanya perasaan dia sahaja yang betul..hanya rakyat yang bodoh sahaja dengar dan percaya apa yang Tun Mahathir cakap..sangat mudah nak baca apa yang ada dalam kepala tun Mahathir yang terbaru seorang PM bercakap bahawa saya hairan kenapa rakyat masih mahu bersalaman dan mengambil gambar dan mencium tangan seorang pencuri yang banyak tuduhan di mahkamah dan sebagainya...itu adalah tindakan paling bodoh tun Mahathir.itu la menunjukkan yang Tun Mahathir sebenarnya dendam dan cumburu dengan DS Najib.kalau rakyat yang masih bodoh ni nak tahu Tun Mahathir ni bukan peduli pon pasal rakyat susah dia hanya tau yang susah tu usaha cari kerja dan yang kaya tu LA dia jaga..dan kalau rakyat yang masih bodoh ni tak faham lagi Tun Mahathir ni sebenarnya orang yang paling tamak kalau itu pon rakyat bodoh ni tak nampak saya bagi tau kenapa Tun Mahathir mahu DS Najib masuk penjara dan lenyap terus dari dunia politik sebab jawapan dia senang saja sebab Tun Mahathir tidak mahu ada pemimpin lain yang di sayang rakyat dan Tun Mahathir ni mahu hanya nama dia sahaja yang rakyat tahu berjasa untuk Malaysia dia tidak mahu rakyat lupa apa jasa dia dan semua dia sahaja yang terbaik itulah Tun Mahathir..tak kan rakyat bodoh ni tak boleh nampak itu.tapi betul jugakan kalau dah nama pon rakyat bodoh memang LA dia tak nampak sebab bodohkan.yang saya maksudnya di sini rakyat bodoh tu adalah melayu yang ada dalam ph..jadi melayu yang berdiri setia di belakang UMNO Alhamdulillah kita masih berada di jalan Allah kerana melayu yang ada dalam ph adalah Melayu yang tersesat dari jalan Allah SWT..saya berkata begini kerana anda boleh lihat sendiri siapa yang melayu dalam ph tu sanjung saya malas nak cakap ada fikir fikirkanlah sendiri ada mata tengok ada telinga mendengar gunakan la semua itu yang Allah SWT berfirman kepada kita..nak bagi faham sikit dengan rakyat bodoh dalam ph ni anda telah berjaya jadi diri anda pendatang asing di negara sendiri kerana yang ada pilih dalam ph adalah DAP kalau tak faham lagi bukan tahap bodoh dah tu tapi bangang sebangang bangangnya..terbaik admin saya harap admin terus maju jaya dan banyakkan lagi buat media macam ini biar rakyat yang tahap atas bangang tu sedar...salam untuk admin anda adalah salah 1 yang berjuang untuk selamatkan tanah air kita dari komunis zaman moden ini.. Assalamualaikum

    BalasPadam
  3. Semoga dato seri tabah dlm mjalani khidupan sharian,

    BalasPadam
  4. Mungkin kah selepas jatuh ye,,ph selepas ini,,kerajaan baru akn buat mcm apa yg d buat keatas ds najib,saya hrp d korek juga hingga ke lubang cacaing,,jaga,,,

    BalasPadam