Header Ads

ads header

Flash News

Guru ditumbuk dan dihempas pelajar tingkatan 3 di sekolah di Song, Kapit


Seorang guru lelaki telah ditumbuk dan dihempas ke lantai oleh pelajar di sebuah sekolah menengah di Song, Kapit, Sarawak. Kejadian berlaku apabila guru tersebut menegur seorang pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah, .

“Pelajar tingkatan tiga terbabit juga bertindak mengangkat serta menghempas guru bersaiz tubuh kecil berkenaan ke lantai sehingga pengadu mengalami luka di kepala dan tangan sebelah kiri…

Suspek juga naik hantu dan membelasah guru yang bersaiz tubuh kecil sehingga lebam di pipi,” – kata Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan, Rowney Michael Jalak

Seorang lagi guru yang menyaksikan kejadian kemudian bertindak meleraikan huru-hara tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dunia serba moden, namun hormat kepada guru jangan dilupakan!

Sumber: Astro Awani




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan