Header Ads

ads header

Flash News

Sedihnya bila Isu Jawi tidak pula bersungguh-sungguh macam ni


PENDAKWAH Islam berketurunan Cina, Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa sedih terhadap sebilangan menteri dan ahli politik yang dilihat berjuang bersungguh-sungguh isu hiasan tanglung tetapi tidak melakukan perjuangan yang sama terhadap tulisan Jawi yang ditolak di sekolah jenis kebangsaan.

Ridhuan berasa hairan apabila tanglung dinobatkan sebagai elemen perpaduan apabila ada pihak mengkritik hiasan berlebihan sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah sekolah kebangsaan, sedangkan apabila Jawi ditolak di sekolah jenis kebangsaan tiada pula yang tampil mempertahankan tulisan warisan itu sebagai lambang perpaduan.

“Bila tiba bab tanglung bersungguh-sungguh. Sedihnya bila bab Jawi tidak pula bersungguh-sungguh macam ni. Apa nak jadi. Istighfar dan mengucap panjang saya.

“Bukankah soal perpaduan dalam Jawi itu jauh lebih besar daripada tanglung. Malangnya, nak laksanakan Jawi, kena tanya PIBG (Dong Zong). Sedihnya.

“Yang melibatkan hak kepada yang berhak, tak bersungguh-sungguh. Bila tiba hak kepada yang belum tentu namanya hak, kerana melibatkan undi, bersungguh-sungguh. Bila kita nak insaf ni?” tanya Ridhuan.

Ridhuan mendakwa, tidak pernah berlaku dalam sejarah, tujuh menteri serta pemimpin-pemimpin besar berkunjung ke sebuah sekolah secara serentak semata-mata untuk menyaksikan betapa pentingnya perpaduan gara-gara tanglung.

Jelas pendakwah itu lagi, memaparkan ucapan Tahun Baharu Cina dan menggantung hiasan tanglung tidak salah namun perlu dilakukan secara berpada-pada. Ridhuan berkata, beliau juga berketurunan Cina dan turut menyambut Tahun Baharu Cina.

“Cukup-cukuplah kalau terlalu kemaruk undi, jangan buat macam ini, tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.

“Dibimbangi bila tiba perayaan agama lain nanti, macam-macam yang pelik-pelik digantung di sekolah aliran kebangsaan. Bila ada precedent, nanti semua orang nak, tak kira berhak ke tidak. Justeru, berpada-padalah,” nasihat Ridhuan.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu kononnya menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hiasan ‘keterlaluan’ sempena Tahun Baharu Cina diturunkan.

Turut hadir adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Juga hadir, Menteri Air ,Tanah dan Sumber Asli, Datuk Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Cing. Kesemua mereka mengambil giliran menandatangani tanglung yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han yang turut hadir.

Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima aduan ibu bapa berkaitan perhiasan sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah tersebut yang dikatakan keterlaluan.

Mohd. Khairul yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Putra telah menulis surat kepada pengetua sekolah tersebut, Rohani Mohd. Nor mengenai aduan daripada ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan berlebihan itu. -SM

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Baguslah berlumba-lumba gitu.jaga hati DAP. masa hina Nabi S.A.W kunci mulut,masa tulisan jawi kelu lidah, masa persenda askar hilang kata2.Yang penting undi Cina.Pedulikan semua hal berkaitan dengan Islam dengan Melayu. PRU15 bye2

    BalasPadam
  2. Bodoh punye melayu
    Lgi2 kak jijah kipas udang nie
    Nk je aku tapak kepale
    Tpm yg x de aura
    Jijah ko dudok rumah jela g kipas bang non ko to
    Ko to mcm x de fungsi
    Puihhhh

    BalasPadam
  3. Ingin saya katakan menteri menteri melayu ni memang bacul lagi bahalol.saya sokong penuh penjelasan ustaz Riduan. Itulah dia menteri yang ada berbagai agama menteri Malaysia baru.

    BalasPadam
  4. Menteri sekarang mana telur kotee.... Labi2... Lembab...

    BalasPadam