Header Ads

ads header

Flash News

Siasat video tular JPJ agresif






SANDAKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung video tular menerusi WhatsApp yang memaparkan penunggang motosikal dipukul pegawai jabatan itu, pagi tadi.

Video berkenaan menunjukkan individu terbabit keluar dari kenderaan JPJ sebelum bertindak agresif terhadap penunggang motosikal itu.

Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Zakaria, berkata pihaknya sedang menyiasat video terbabit.

“Kami akan memaklumkan mengenai hasil siasatan selepas ini,” katanya ketika dihubungi di Sandakan hari ini.

Hari ini, satu video berdurasi 45 saat tular menerusi WhatsApp dengan memaparkan seorang penunggang motosikal berada di kawasan rumput di tepi jalan raya.

Video itu turut menunjukkan dua individu turun dari kenderaan JPJ yang melintang di tengah jalan raya berdekatan penunggang motosikal.

Dua individu itu kemudian menuju ke arah penunggang motosikal dan seorang daripada mereka dilihat memukul penunggang motosikal terbabit hingga menyebabkannya jatuh terduduk.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada jam 10.30 pagi.

Menurut sumber, sepasukan lapan anggota JPJ melakukan sekatan jalan raya dan dua daripadanya melakukan tugasan rondaan menggunakan Toyota Fortuner jabatan itu untuk melakukan pemeriksaan dan mengawal lalu lintas terhadap kenderaan berhenti sebelum sekatan.

Katanya, mereka kemudian mengesan penunggang motosikal Modenas Dinamik yang berusia dalam lingkungan 20-an dan cuba berhenti sebelum sekatan terbabit.

“Pegawai JPJ itu kemudian mengarahkan penunggang terbabit ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut

“Penunggang berkenaan kemudian berpatah balik dipercayai untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.

“Bagaimanapun, tindakan penunggang berkenaan gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan kenderaan jabatan itu dan terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

“Tindakan penunggang yang enggan berhenti dan bertindak agresif untuk melepaskan diri menyebabkan dua pegawai JPJ berkenaan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan dengan melompat ke arah motosikal seperti tular dalam video berkenaan,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan