Header Ads

ads header

Flash News

Williams tegas tolak judi demi Islam


BINTANG ragbi Sonny Bill Williams enggan menggunakan logo penaja utama Super League, Betfred susulan kepercayaan agamanya, kata pengerusi Toronto Wolfpack, Bob Hunter.

Pemain veteran New Zealand berusia 34 tahun itu memeluk Islam pada 2009.

Syarikat perjudian, Betfred menaja liga kelab ragbi, Super League sejak 2017 dan tahun lalu bersetuju melanjutkan kontrak dua tahun lagi.

"Kami berbincang dengan Super League mengenai perkara ini tetapi Sonny tetap tegas dengan pendiriannya dalam hal ini,” kata Hunter kepada Daily Telegraph.

"Saya fikir Betfred akan mendapat faedah dengan membuat keputusan bahawa kami menghormati kepercayaan agama pemain. Dalam masyarakat hari ini terdapat beberapa isu sensitif tetapi saya fikir penaja boleh berkata ‘ya, ok kami faham. Dia mempunyai nama besar dan kami faham.”

Pada 2017, Williams menutup logo Bank of New Zealand (BNZ) pada jersi Auckland Blues.

Menurutnya, dia berhak berbuat demikian berdasarkan klausa dalam kontraknya yang memberitahu Ragbi New Zealand dia enggan memakai logo bank, jenama alkohol atau penaja judi.

Dia bertukar ke ‘union’ pada 2008 dan menjuarai dua Piala Dunia berturut-turut dan meraih 58 kap bersama All Blacks.

Williams yang turut mencuba nasib dalam bidang tinju dijangka beraksi kali pertama bersama Toronto menentang Castleford Tigers pada 2 Februari.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan