Saya percaya 'Pedagogi Hati' pencetus kemenjadian murid
“Orang tidak kisah sebanyak mana kamu tahu, sehingga mereka tahu sebanyak mana kamu kisah.”- Theodore Roosevelt
Ramai beranggapan bahawa pedagogi pengajaran dalam bilik darjah yang dipelajari seorang guru di maktab atau universiti sudah cukup untuk menjadikan guru tersebut bersedia dalam membentuk kemenjadian seseorang murid di sekolah.
Adalah sukar untuk seorang guru mencapai objektif tersebut tanpa pedagogi hati.
Pedagogi hati merupakan suatu cara seorang guru memahami muridnya menerusi keakraban tanpa prejudis. Pendekatan ini dapat membentuk cara seorang murid berfikir dan berkelakuan dalam sekolah serta menambah baik pencapaian akademiknya di sekolah.
Terdapat tiga cara penerapan Pedagogi Hati seorang guru kepada seorang murid.
Kasih Sayang
Menerima seorang murid dengan seadanya tanpa melihat latar belakangnya. Gunakan kata-kata yang positif dan membina apabila menegur mereka. Sayangi mereka seperti kita menyayangi anak-anak kita sendiri. Tunjukkan kepada murid-murid bahawa pengetahuan mereka dari segi akademik tidak menjadi kayu pengukur untuk kita mendidik mahupun sayangi mereka.
Empati
Sentiasa peka dan memahami perasaan mereka. Adakalanya murid inginkan suara hati mereka didengari dan difahami oleh seseorang. Tugas kita sebagai pendidik, kita boleh menunjukkan yang kita mudah didekati oleh mana-mana murid untuk berkongsi suka duka mereka apabila kita meminjamkan telinga kita untuk mendengar. Walaupun kita tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, tetapi tindakan mendengar itu sendiri memberi impak yang besar untuk seseorang murid.
Percayakan Murid
Guru perlu percaya bahawa murid dapat mencapai kejayaan mengikut kapasiti masing-masing. Kita juga perlu menyampaikan mesej bahawa kita menjangkakan mereka akan mencapai kejayaan itu. Sikap positif kita yang mempercayai mereka akan menular dalam diri mereka sendiri. Mereka akan mengikut rentak positif yang kita semai dalam diri mereka.
Kata-kata seperti, “saya percaya kamu pasti boleh” boleh mencetus sikap percayakan diri mereka sendiri. Saya percaya pada Pedagogi Hati.
Saya percaya Pedagogi Hati dapat membentuk kemenjadian seorang murid. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pendidik serta semua pembaca.
Stephen Isaac
Guru Sains dan Biologi, SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan