Header Ads

ads header

Flash News

3 kematian mengejut dalam masa 3 bulan – Apa jaminan kita akan hidup masa tidur?


Dalam masa tiga bulan, tiga kematian penggiat seni sememangnya menggemparkan hampir seluruh rakyat Malaysia sehingga mengundang sebak orang ramai.

Anak Nora Ariffin yang juga penyanyi iaitu Alif Johan ‘pergi’ secara tiba-tiba pada Disember lalu selepas rebah di rumahnya.

Manakala dua lagi meninggal dunia ketika dalam tidur iaitu pelawak popular Abam Bocey dipercayai akibat demam dan terbaru, pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung.

Menerusi laman Instagram, pengacara dan personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya berkongsi gambar Allahyarham selain menitipkan al-Fatihah buat ketiga-tiganya.
“3A gugur di medan kehidupan, pulang semula ke pangkuan Pencipta. Abam, Alif, Ashraf . Tenanglah di sana. Al Fatihah,” tulisnya.

Menerusi laman Facebook pula, seorang netizen Ahmid Shazwan membuat satu perkongsian bagi memperingati insan yang masih bernyawa mempersiapkan diri sepenuhnya untuk bekalan di sana.
Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur?


Jangan tinggal ibadah wajib


Jadikan kematian sebagai peringatan


Moga kebaikan dapat bawa kita ke syurga



Posting tersebut menerima 6,200 perkongsian dan 2,700 tanda suka selain komen warganet yang rata-rata turut beringat serta berharap agar roh ketiga-tiga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Salam takziah & al-Fatihah



Sumber : Fedtri Yahya , Ahmid Shazwan





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan