Header Ads

ads header

Flash News

Menjawab tulisan Muzakkir Ibadurrahman di MindaRakyat



Saya terbaca tulisan Muzakkir Ibadurrahman di Minda Rakyat berkaitan tajuk "Kekalnya Tun M leburkan cita-cita pembangkang"  agak terkejut juga kenapa MR boleh membenarkan artikel seperti ini. Tapi bila saya fikir MR ini adalah lanjutan daripada laman TranungKite (TKO) yang terkenal dengan sifat keterbukaannya maka saya rasa MR pun terbuka walaupun artikel kiriman itu tiada nilai fakta.

Muzakkir menulis
Dahulunya beliau dikecam dan dicerca serta dimaki hamun dengan gelaran-gelaran seperti firaun, Zalim dan entah apa lagi sehinggakan gelaran tersebut seolah-olah belum dapat dilupakan oleh rakyat yang menyokong blok pembangkang.
Sedar atau tidak si Muzakkir ini bahawa gelaran-gelaran seperti Firaun, Zalim itu adalah kerja GENG PKR sekarang ini? Apa kaitan dengan blok pembangkang? Fakta yang mudah seperti ini pun cuba dikencing oleh Muzakkir.

Muzakkir menulis lagi
Anehnya dalam isu peralihan kuasa untuk menentukan kedudukan PM ke 8, pihak blok pembangkang pula beriya-iya menyatakan sokongan supaya Tun M kekal sebagai PM sehingga habis sepenggal. Perkara yang agak melucukan ada usaha-usaha dilakukan oleh pihak pembangkang cuba melakukan komplot secara senyap bersama sekelompok sebahagian daripada ahli parlimen blok kerajaan berkira-kira menggunakan jalan pintu belakang untuk menukar kerajaan dan membentuk kerajaan yang baharu.

Desas desus yang mengatakan usaha tersebut akan menjadi kenyataan akhirnya dengan ketentuan Allah SWT juga, impian menggunung itu yang akan turut dikongsi oleh semua rakyat rupa-rupanya lebur berkecai dan yang tinggal hanya angan-angan mat jenin.
Membaca tulisan ini saya membuat kesimpulan Muzakkir ini adalah seorang yang cetak pengetahuan politik.

Muzakkir tidak memahami perembutan kuasa dalam PH, bagaimana desakasn kupumlan Otai Refeormis kepada Tun Mahathir. Muzakkir bodoh untuk memhami kenapa Ezam Mohd Noor berceramah hampir setiap malam untuk menjatuhkan Tun Mahathir, Siapa Ezam kena di kembali semula kepada Anwar Ibrahim? Kena dia boleh buat ceramah dengan bantuan jentera kerajaan dan PKR?

Muzakiir juga tidak memahami kedudukan DAP dalam PH.

Memang Tun Mahathir masih mahu kekal sebagi PM dan cuba menjutkan usaha untuk penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Atas isu ini desakan untuk Tun turun makin bergelora dan Tun tidak mudah untuk mengelah dan itu sebab PKR berpecah kepada 2. Bagaimana Tun menarik kumpulan Azmin serta 10 orang MP menyokong mereka.

Muzakkir menulis
Kebanyakan pemerhati politik meramalkan isu peralihan kuasa tetap akan berjalan dengan lancar dan teratur cuma blok parti pembangkang sahaja memanipulasikan untuk mengelirukan rakyat dengan alasan tidak berlakunya kestabilan politik serta ancaman dominasi parti DAP dalam kerajaan PH.
Muzakir lemah memahami politik Tun Mahathir, mungkin dia dilahirkan bukan zaman Mahathir. Dia tak memahami 22 tahun Tun mahathir memearintah. Bila Tun tersempit Tun mencari PAS dan UMNO. Itu biasa bagi Tun. Dulu apa Tun tak kata kepada Anwar, Dulu apa Tun tak kata kepada DAP tapi demi nak jatuhkan Najib Tun boleh menjilat semuanya.

Tak hairan kalau Tun boleh jumpa PAS dan UMNO untuk kekal sebagai PM?

Habis kenapa PAS setuju? PAS politiknya sangat cerdik dan berasaskan Islam dan tidak mengadai prinsip macam AMANAH yang jual diri kepada DAP untuk kuasa. PAS nak pastikan DAP tak berkuasa dan nak pastikan AMANAH tidak kekal menjual Melayu Islam, PAS mengambil keputusan menyokong Tun. Keputusan PAS lebih cepat daripada UMNO kerana PAS ada majlis syura yang menentukan keputusan ini. Mungkin Muzakkir tak mengerti apa peranan Majlis Syura dalam PAS. UMNO membuat keputusan kemudian mengikut politik PAS.

Kalau DAP boleh menerima Tun atas kepentingan kenapa PAS tak boleh terima Tun atas kepentingan Melayu Islam. Ini Muzakkir bodoh nak memahmi politik Islam. Apa PAS dapat? Muzakkir mungkin tidak membaca akhbar bagaimana Terengganu dapat peruntukan. Adakah PAS bodoh dalam politiknya?

Menulis kononnya cita-cita pembangkang melebur menunjukkan Muzakkir cetak dalam politik. Siapa yang kalah dalam keputusan ini? Muzakkir patut membaca tulisan orang kuat dan penyokong tegar Anwar dalam tulisannya Shahbudin. Shahbudin menulis keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi berhubung soal peralihan kuasa benar-benar sesuatu yang mengecewakan hati rakyat. Katanya zaman gelap Malaysia berpanjangan lagi.

Saya mencadangkan Muzakkir banyak membaca, jangan terlalu taasud dan emosi dalam tulisan kerana bila kita cetak pengetahuan tulisan kita menjadi jelek dengan fakta yang menyeleweng,

Harap maaf.

Ku Mansor
Perak






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan