Bilal dibakar stabil, suspek direman tujuh hari
ALOR SETAR: “Kami sekeluarga lega apabila suspek yang membakar ayah, sudah ditahan polis dalam tempoh yang singkat.
“Kami kini menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut,” kata anak bilal Masjid Al Hasanah Taman Rakyat Mergong, Shahrizal Amri.
Shahrizal, 40, adalah anak kepada bilal masjid berkenaan, Amri Budin, 67, yang parah melecur di muka, tangan dan seluruh bahagian kiri badan akibat disimbah petrol dan dibakar seorang lelaki di hadapan masjid itu, awal pagi semalam.
Beliau berkata, bapanya kini dalam keadaan stabil tetapi masih dalam rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Kami terpaksa menghadkan pelawat untuk ayah buat masa ini kerana beliau kelihatan penat dan keletihan akibat insiden itu.
“Dia dijaga sepenuhnya dalam wad ini. Hanya ahli keluarga terdekat saja dibenarkan melawatnya,” katanya ketika ditemui di HSB, di sini hari ini.
Shahrizal yang juga anak sulung dari tiga beradik itu berkata, mereka sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku kerana bapanya tidak mempunyai musuh
Mengimbas kembali kejadian pagi semalam, Shahrizal berkata, dia menyangka Masjid Al Hasanah terbakar sejurus terjaga dari tidur, sebaik menerima panggilan dari jemaah masjid.
“Sebaik mengetahui ayah dibakar, saya dan isteri bergegas ke masjid untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak ayah sedang duduk dengan bahagian tepi kiri badannya melecur teruk.
“Saya memandu kenderaan dan membawa ayah ke sini (HSB) dan terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dalam keadaan sedih, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai anak mangsa dengan menyebar maklumat tidak tepat, konon bapanya disimbah petrol oleh sekumpulan mat motor yang viral di laman sosial.
Katanya, dia bimbang dakwaan bercanggah dengan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
“Dalam keadaan kami sedang bersedih, masih ada yang sanggup mengambil kesempatan dengan kejadian yang berlaku pada ayah saya.
“Kami sekeluarga tidak kenal individu yang menular kisah ayah saya di laman sosial yang menyamar kononnya anak mangsa dan bimbang ada yang mengambil kesempatan,” katanya.
Shahrizal yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), berharap orang ramai menghentikan kisah tidak benar yang berlaku pada bapanya untuk mengelakkan kekeliruan.
Katanya, pihaknya menyerahkan tindakan lanjut pada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi berkata, suspek berusia 40-an yang ditahan semalam direman mulai hari ini sehingga 26 Februari ini untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian jam 5.55 pagi semalam, Amri Budin disimbah minyak tanah sebelum dibakar oleh seorang lelaki ketika berada di hadapan Masjid Al Hasanah Taman Rakyat Mergong sementara menunggu masuk waktu solat Subuh.
Kejadian itu disedari jemaah masjid yang membantu memadam kebakaran yang menyambar tubuh mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan.
Berdasarkan siasatan polis, suspek dipercayai mengalami masalah mental dan berada di bawah pengaruh dadah. Dia kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bodoh belake orang utare nie,,,
BalasPadamKlu x bodoh bkn org utara nmenye,,,
Terbodog org utara👍👍
Jangan memperbodohkan orang secara mengkhinzir buta. Yg bodoh pengundi PH, ok?
BalasPadamyang membodohkan orang utara tu dah kenapa..?
BalasPadamyang selatan atau timur dan barat tak bodoh ke..?
sebab ramai ja yg pangkah pakatan PRU lepas..
KAU pun sama kot si bodoh yg pangkah tu.