Header Ads

ads header

Flash News

Boleh percaya ke Anwar memimpin kerajaan minoriti?


Setakat malam ini, aku menyimpulkan tiada mana-mana calon dari kalangan ahli Dewan Rakyat memperolehi majoriti untuk menjadi Perdana Menteri yang baru.

Mengikut maklumat terkini, bilangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mencalonkan Anwar Ibrahim mengatasi calon-calon lain.‬

‪Jika, diandaikan dalam konteks pilihanraya pelbagai parti dan calon, Anwar sudah boleh diumumkan sebagai pemenang.‬

‪Namun, kini bukan soal menang sesuatu pilihanraya, tetapi mengenai perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Terserah kepada Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri yang pada pendapatnya mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Persoalannya, bolehkah Agong melantik Perdana Menteri yang tidak bermajoriti semasa di Parlimen, sekalipun ahli Dewan Rakyat itu terbukti mendapat kepercayaan lebih besar berbanding dari calon-calon yang lain?‬

‪Dengan lain perkataan, bolehkah Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan lebih besar ahli-ahli Dewan, tetapi tidak bermajoriti mutlak di Parlimen?‬

‪Pada pendapat aku, itu tidak menjadi masalah. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pembentukan sesebuah kerajaan minoriti. Malah, dalam amalan demokrasi Westminster, kerajaan minoriti telah berkali-kali dibentuk tanpa majoriti di House of Commons UK sejak 1900 dan juga diamalkan di lain-lain negara maju berdemokrasi.

‪Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang mengetuai Jemaah Menteri dengan berkerajaan minoriti.

‪Kerajaan minoriti terbentuk dalam sistem demokrasi berparlimen apabila sesebuah parti atau gabungan parti-parti tidak mempunyai majoriti mutlak dalam parlimen.‬

‪Tanpa majoriti, kerajaan minoriti tentunya akan lebih cenderung menjadi tidak stabil, kerana ia mudah terdedah kepada penolakan rang undang-undang, dan jika pembangkang bersatu dengan cukup bilang bermajoriti, kerajaan boleh ditumbangkan dengan undi tidak percaya di parlimen.‬

‪Jika diluluskan ketetapan undi tidak percaya, Perdana Menteri dan kerajaan minoriti hendaklah meletakkan jawatan selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri kemudiannya boleh meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, dan pilihanraya umum diadakan.‬

‪Mengatasinya, kerajaan minoriti perlu mengambil langkah berunding dengan satu atau dua parti lain untuk membentuk kerajaan campuran yang baru, atau mengekalkan kerajaan minoriti dengan disokong oleh parti-parti pembangkang tersebut dalam bentuk persefahaman yang tertentu, dan mengekalkan mereka sebagai pembangkang.‬

‪Pembentukan kerajaan minoriti bukan suatu yang pelek dalam sistem parlimen, khasnya dalam negara-negara maju berdemokrasi. ‬

‪Pada masa kini, setakat Februari 2020, terdapat banyak negara maju berdemokrasi mempunyai kerajaan minoriti, antaranya — Belgium, Canada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Ireland, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, Romania, Slovenia, Sepanyol dan Sweden.‬

‪Negara paling siknifikan sentiasa berkerajaan minoriti ialah Denmark. Sejak 1982, Denmark hampir tidak pernah mempunyai kerajaan majoriti. Namun, kerajaan yang silih berganti di Denmark dapat melakukan reformasi ekonomi tanpa masalah di parlimen.‬

‪Pada hari ini Mette Frederiksen, seorang wanita berusia 43, menjadi Perdana Menteri Denmark sejak 27 Jun 2019. Beliau mengetuai parti Social Democrats yang memperolehi cuma 26.8% atau 48 daripada 179 kerusi di Parlimen, tapi mendapat sokongan daripada beberapa parti pembangkang yang lain untuk berkuasa.‬

‪Sekalipun, tanpa kerajaan majoriti, Denmark tak mengalami krisis politik. Malah, Denmark kekal menjadi negara bersih rasuah di dunia sebagai negara No.1 (terbaik) dalam Indeks Persepsi Rasuah mengikut laporan Transparency International 2019 dan negara No.4 terbaik dunia dalam Indeks Mudah Menjalankan Perniagaan mengikut laporan Bank Dunia 2020 selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong.‬

Sekian, pendapat peribadi aku secara interim.

MR :  Anwar ni kalau nak jadi PM suruh dia calit dahi pun dia buat!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Semoga Malaysia yang tercinta ini sentiasa aman damai walaupun kekecohan berlaku di Arena Politik kini.

    BalasPadam