Najib sindir pendirian bercelaru tiga pemimpin PH
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) yang dilihat seolah-olah tidak teguh pendirian susulan kemelut politik yang melanda tanah air sejak Ahad lalu.
Menerusi ciapan di Twitter kira-kira sejam lalu, Najib menulis tiga nama pemimpin parti gabungan itu iaitu Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesemua ciapan tersebut ditujukan secara spesifik kepada tiga pemimpin terbabit yang dilihat mengeluarkan kenyataan bercanggah dalam tempoh hanya selang sehari.
Ciapan awal Najib ditujukan kepada Guan Eng dengan menulis, "Isnin - Please come back, DAP pleads with Dr M tetapi pada Rabu - DAP sokong Anwar jadi PM."
Kepada Mat Sabu beliau menulis, "Isnin - Amanah sokong Tun M jadi PM tetapi pada Rabu Amanah sokong Anwar jadi PM."
Anwar turut disindir dengan mengatakan, "SD (akuan bersumpah) sokong Tun M jadi PM dah tak relevan sebab Tun tak hadir meeting, kami calon saya jadi PM," ciapnya.
Walaupun hanya menulis ringkas kenyataan ketiga-tiga pemimpin itu tanpa sebarang huraian, mesej tersirat cuba disampaikan amat jelas iaitu berhubung pendirian ketiga-tiga pemimpin PH itu.
Sebelum ini, Guan Eng menerusi DAP dilaporkan berhasrat mengesyorkan kepada Majlis Presiden PH untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri supaya PH dapat terus memenuhi dan menyampaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya PH.
Mat Sabu turut senada mengenai hal tersebut apabila menyatakan Amanah juga akan terus menyokong kepimpinan bekas Pengerusi Bersatu itu.
Anwar juga merayu Dr Mahathir supaya tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, menerusi sidang media khas PH petang tadi, ketiga-tiga pemimpin itu sepakat mencalonkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kelapan.
MR : ............
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ya Allah ya Tuhanku.. aku bermohon kepadaMu ya Allah, Engkau bukakanlah hati Sultan kami Tuanku alsultan Abdullah yang merupakan Yang diPertuan Agong kami untuk membubarkan parlimen Malaysia bagi membolehkan Pru15 diadakan.. sesungguh ya Allah, Engkau diatas segala sesuatu itu Maha Berkuasa... perkenankalah permohonan doa hambaMu ini ya Allah... amien.
BalasPadam