Header Ads

ads header

Flash News

Gabungan baru? Pemimpin PAS, BN tiba di Hotel Sheraton


Istana Negara - Sejumlah 28 kenderaan dilihat meninggalkan Istana Negara. Kesemuanya dilihat bergerak dalam beberapa kumpulan.

Kumpulan pertama dilihat keluar kira-kira pada pukul 7.25 petang, manakala kumpulan terakhir, setakat ini, kira-kira pada pukul 7.35 petang.

Masih ada beberapa kenderaan dilihat di perkarangan istana.

Sumber yang dekat dengan istana mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa enam parti yang kini berada di istana ialah Bersatu, Umno, PKR (kem Azmin), GPS, PAS dan Warisan.

Pemimpin yang ada di sana ialah:

Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu)

Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno)

Azmin Ali (timbalan presiden PKR)

Abang Johari Openg (presiden GPS)

Shafie Apdal (presiden Warisan)

Abdul Hadi Awang (presiden PAS)

Sumber itu berkata Dr Mahathir Mohamad turut ada namun seorang pembantu perdana menteri menafikannya.

Kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan dilihat masuk ke sebuah bilik di mana semua VIP berkumpul, diiringi Exco Melaka dari Bersatu, Rafiq Naizamohideen.

Ketika ditanya mengapa beliau berada di sini, Annuar berkata beliau datang untuk berjumpa "kawan-kawan MP".




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan