Guan Eng pasti membisu pasal indeks PMI
Indeks Pengurus Pembelian Nikkei (PMI) yang dikeluarkan setiap bulan ialah penanda aras kesihatan ekonomi untuk sektor terbesar kita iaitu sektor pembuatan.
Paras neutral indeks ialah 50.
Kalau lebih tinggi dari 50, maka sektor pembuatan sedang mengembang.
Kadar ke bawah 50 menunjukkan kemerosotan.
Dalam hampir keseluruhan tempoh selepas PRU14, indeks ini adalah di bawah paras neutral.
Namun setiap kali ada sedikit kenaikan dalam indeks ini, Menteri Kewayangan akan keluarkan siaran media.
Dia akan kata, indeks PMI yang naik adalah bukti ekonomi kukuh.
Oleh itu, Menteri Kewayangan pernah keluarkan kenyataan tentang indeks PMI sebanyak 3 kali - termasuk bulan lepas di mana dia kata PMI yang memulih ke angka 50 bagi bulan Disember 2019 ialah bukti bahawa ekonomi Malaysia tahun 2020 adalah amat baik.
Bagaimanapun, indeks PMI untuk bulan Januari 2020 yang dikeluarkan hari ini tidak begitu menggalakkan.
Indeks jatuh balik dari 50 ke 48.8 kerana eksport dan sektor pembuatan merosot..
Malaysian manufacturing loses steam in January as export orders fall
https://www.malaymail.com/…/malaysian-manufacturing…/1833982
Ini bermakna, Guan Eng tidak akan mengeluarkan siaran media tentang indeks PMI dalam bulan Februari ini.
NAIB RAZAK
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan