Header Ads

ads header

Flash News

Hukum mereka membawa golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah


Tahun lepas saya pernah dihubungi oleh 2 wakil syarikat agensi umrah tanahair, mereka bertanya apakah hukum mereka membawa golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah. Ini kerana 2 syarikat ini telah didekati oleh golongan ini untuk menguruskan ibadah umrah mereka. Respon saya:

1) Hukumnya harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim. Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan ini WAJIB mematuhinya.

2) Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita.

3) Untuk mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.

4) Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.

5) Golongan mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.

6) Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci. Bagi saya ini satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.

7) Peringatan dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai.

8)) Sekarang visa umrah boleh didapati dengan dua cara, samaada visa umrah atau visa pelancong. Jika melalui visa umrah para peserta umrah mesti melalui syarikat agensi umrah yang berdaftar. Manaka visa pelancong tidak wajib melalui agensi bahkan boleh urus dan pergi umrah sendiri. Berita di bawah ini saya tidak pasti metod mana satu yang digunakan oleh peserta umrah ini, samaada ikut agensi atau pergi sendiri.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Itu lah yg di usahan ph selama ini keuntungan btul akaun pun btul

    BalasPadam