Header Ads

ads header

Flash News

Zahid Hamidi Cadang UMNO Berkerjasama Dengan PPBM (Bersatu) - Bersama rakaman audio


Hari ini Lokman Adam mendedahkan hasil mesyuarat jawatankuasa perhimpunan muafakat nasional yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan dihadiri oleh presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menyatakan empat sebab utama kenapa beliau secara peribadi mahu UMNO bekerjasama dengan Mahathir atau PPBM.

1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak ketinggalan.

2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, kita tak boleh selesaikan masalah Bossku.

3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO. Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata, PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama sahaja.

4) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada ahli UMNO yang ada di luar sana kamu jangan terlalu beremosi menilai kenyataan atau cadangan Presiden ini sebagai hal yang negatif sebaliknya kamu harus menerima keberadaan
UMNO hingga terpaksa bergantung pada PAS demi survival politik UMNO itu sendiri.

UMNO adalah parti yang masih terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa. Sama ada tuduhan itu sedang dibicarakan di mahkamah atau masih berlegar-legar menunggu saat dan ketikanya untuk diheret ke muka pengadilan.

Pokoknya tuduhan rasuah ke atas pemimpin pemimpin UMNO akan berlarutan sehingga ambang pilihan raya umum yang akan datang. Maksudnya isu rasuah akan terus relevan digunakan sebagai modal politik atau kempen.

Itu kita belum bercerita soal nasib Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Moktar dan beberapa lagi pimpinan UMNO yang besar kemungkinannya akan berhadapan dengan hukuman penjara selepas didapati yang bersalah oleh Mahkamah kerana dakwaan rasuah yang mereka sedang hadapi.

Cuba bayangkan situasi UMNO pada masa itu siapa yang akan mengepalai UMNO. Lokman Adam, KJ dan Tok Mat, pengaruh mereka ini mari terlalu baru untuk ditaati oleh ahli-ahli UMNO.

Amat perlu bagi ahli UMNO menyedari tidak semua ahli PAS bersetuju dengan muafakat nasional. Itu bererti untuk jangka panjang kerjasama UMNO PAS hanya merugikan PAS itu sendiri. Jadi mana mungkin PAS sanggup bertahan sedangkan kerjasama itu hanya menyebabkan mereka kehilangan pengaruh atau undi.

Rakaman suara Zahid Hamidi: UMNO PAS akan bergabung dalam satu pakatan politik baru bersama Mahathir

Wahai ahli UMNO tidak ada jaminan bahwa hanya melalui muafakat nasional maka kerjasama UMNO dan PAS akan bertahan sehingga PRU yang akan datang. Kalaupun bertahan tapi akan punah disaat akhir apa bila pembahagian kerusi tidak dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Pada ahli UMNO yang baru berpeluang memegang jawatan di peringkat Bahagian jangan kamu terlalu obses. Kamu tu masih mentah dan serba kekurangan untuk membangkitkan UMNO sedangkan mereka yang cukup berpengalaman dan berkemampun sebelum kamu pun boleh tumbang di PRU yang lepas. So jangan pandai-pandai menggesa agar Presiden UMNO, Zahid meletakkan jawatan, sedar diri tu sikit.


Sumber :  https://jalinluin.com


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Tiada keyakinan . Nak kerjasama dgn manusia yg ak ada pendirian . Sebenar Zahid letak jawatan noktah .

    BalasPadam
  2. Muka tahik yang akan merosakkan UMNO.tak payah beri alasan Zahid weh, kamu hanya nak lepas tengkuk sendiri dari tuduhan rasuah je.Stop....

    BalasPadam
  3. #ZAHID HAMIDI SILA LETAK JAWATAN

    BalasPadam