Header Ads

ads header

Flash News

Hanya PAS dipercayai jamin kepentingan ‘non-Muslim’


BANDAR TUN RAZAK:
Hanya PAS menjadi wadah yang boleh dipercayai untuk menjamin keadilan dan mempertahankan hak kepada masyarakat kaum bukan-Islam di negara ini atas dasar Islam yang menjadi pegangan parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, dahulunya tidak mudah untuk masyarakat kaum bukan-Islam mendekati PAS kerana merasakan Islam itu sendiri tidak memberi hak yang sebenarnya.

“Tapi setelah mengkaji dan mencari keadilan, kita faham yang Islam adalah tempat kita mempertahankan hak sebagai non-Muslim. Dasar PAS adalah Islam dan Islam merupakan agama yang menuntut berlaku adil kepada semua manusia.

“Tidak kira bangsa mahupun agama, Islam suruh adil. Boleh rujuk ayat 8 surah al-Maidah,” katanya pada Ceramah Muafakat Nasional, di sini kelmarin dahulu.

Jelasnya, antara sebab kaum bukan-Islam bersama PAS adalah kerana Islam yang menjadi pegangan parti itu di mana Islam memberi solusi kepada masalah negara termasuk berkaitan kepentingan penganut agama lain.

Islam terangnya, juga mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan menggalakkan masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain, serta berhubungan demi kepentingan hidup bersama.



Sebaliknya Islam ujar beliau, tidak menjadikan bangsa sebagai akidah atau asas perjuangan, selain paling penting bahawa tiada paksaan untuk menganut Islam walaupun berada di basah kepimpinan Islam.

“Yang ada hanyalah ajakan berbuat baik dan meninggalkan kejahatan yang juga menjadi asas agama-agama di dunia. Penting untuk kita faham, Muafakat Nasional yang dibawa juga asasnya Islam.

“Bila kita menegakkan Islam, kebatilan akan jatuh dengan sendirinya. Muafakat Nasional adalah tugas yang Tuhan beri untuk kita bersama dengan parti berbeza menjadi flowers of the garden dan memberi kebaikan kepada negara,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Bala mengakui bahawa kefahamannya kepada Islam menyebabkan beliau bersama PAS sejak 15 tahun lalu. – HARAKAHDAILY 4/2/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan