Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan kes ‘bin Abdullah’ diketahui 13 Feb


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Feb ini untuk menyampaikan keputusannya sama ada kanak-kanak beragama Islam yang dilahirkan luar nikah boleh menggunakan nama bapa kandungnya.

Pendaftar mahkamah memaklumkan kepada pihak yang terbabit dalam kes ‘bin Abdullah’ pada Khamis bahawa panel 7 hakim akan menyerahkan keputusannya pada jam 9 pagi.

Peguam Nizam Bashir, yang mewakili pasangan itu dan anaknya, mengesahkan beliau telah menerima surat mahkamah.

Panel itu mendengar rayuan kerajaan pada 14 Nov tahun lalu dan menangguh keputusannya.

Kanak-kanak itu lahir pada 2009 tetapi kelahirannya hanya didaftarkan 2 tahun kemudian di bawah Seksyen 12 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA). Dia dilahirkan kurang 6 bulan selepas perkahwinan ibu bapanya, yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang syariah.

Ibu bapa terbabit memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan nama kandung pada sijil kelahiran di bawah Seksyen 13 BDRA bagi menggantikan “bin Abdullah”.

Ibu bapa itu kemudian memfailkan permohonan untuk semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi pada 2016.

Permohonan pasangan itu ditolak Mahkamah Tinggi tetapi menang di Mahkamah Rayuan. Kemudian hakim Mahkamah Rayuan Abdul Rahman Sebli, yang menyampaikan penghakiman itu, berkata bidang kuasa ketua pengarah JPN bersifat sivil dan terhad dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu memenuhi syarat di bawah BDRA, yang merangkumi semua kanak-kanak tidak sah taraf, tidak kira Islam atau bukan Islam.

Beliau berkata BDRA, yang merupakan undang-undang persekutuan, meliputi semua kanak-kanak Islam atau bukan Islam yang tidak sah taraf.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata tiada istilah anak tidak sah taraf bawah BDRA walaupun undang-undang itu diguna pakai ke atas orang Islam dan bukan Islam.

Suzana yang mewakili JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan, yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas yang mempertahankan bahawa fatwa tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang dan tidak boleh membentuk asas undang-undang bagi JPN memutuskan nama bapa seorang anak tidak sah taraf beragama Islam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan