Header Ads

ads header

Flash News

Umno tak perlu ‘sibuk’ masalah PH, kata Annuar


PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata parti itu tidak perlu sibuk dengan masalah yang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan.

“Masalah kerajaan adalah tanggungan PH. Dan PH punya masalah dalaman sesama mereka. Terbaik adalah untuk mereka selesai sendiri masalah mereka. Umno tak perlu ‘busy body’ dengan masalah PH.

“Namun jika menyentuh perkara berkait kepentingan nasional, Umno boleh berbincang,” katanya menerusi Facebook.

Pada 20 Jan, FMT melaporkan kemungkinan lahirnya satu jajaran politik baru yang akan memacu PAS ke Putrajaya berikutan beberapa pertemuan antara presiden parti itu Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu menyebut bahawa jajaran baru tersebut bakal menyaksikan kumpulan yang menyokong Mahathir bersatu dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu, sekali gus membawa kesan buruk kepada DAP dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Isnin lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam membidas Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, yang menurutnya mahu bekerjasama dengan Mahathir kerana mengikut PAS “supaya tidak ketinggalan” dan supaya Umno tidak diharamkan.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pula menyeru partinya “fikir masak-masak” sebelum terima “lamaran”.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Umno kini mempunyai tugas berat untuk memperkasakan parti dengan memikirkan dasar dan agenda melepaskan rakyat daripada himpitan semasa.

“Umno tidak boleh memikirkan individu. Umno perlu memikirkan apa yang terbaik bagi orang Melayu, kaum Bumiputera dan orang asal, kemajuan dan perkembangan Islam, institusi Raja-raja Melayu dan segala apa tetera dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Umno, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional mempunyai tugas berat, bukan soal pintu depan atau belakang,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan