Header Ads

ads header

Flash News

Ingat Kembali: Sistem beraja sudah lapuk dan ketinggalan zaman, kata aktivis PH


PEGUAM dan aktivis Pakatan Harapan (PH), mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.

Fadiah Nadwa Fikri berkata demikian mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dikala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hubungan tegang dengan institusi diraja.

“Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara perdana menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian.

“Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampainya,” katanya dipetik kolum portal Malaysia Muda bertajuk ‘Jangan Engkau Cium Tangan Yang Memukulmu’.

Katanya, walaupun sistem Raja Berpelembagaan dihujahkan sekadar “perhiasaan perlembagaan yang neutral”, ianya tidak lagi boleh diterima, dipertahan dan diwajarkan berikutan realitinya adalah sebaliknya.

Hujah Fadiah, ia ditunjukkan ketika pra-PRU14 lalu apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah untuk tidak menjatuhkan kerajaan pada ketika itu yang bertentangan dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.”

Ujarnya, dikala rakyat sudah bangkit merampas kuasa daripada parti memerintah negara selama 61 tahun, sistem monarki yang disamakan Fadiah dengan konsep perhambaan ini tidak lagi boleh diteruskan.

MR :  Dulu bukan main tolak sistem beraja kerana terpengaruh dengan DAP... sekarang puak PH tahu bagaimana sistem raja yang PAS pertahankan mampu mengawal negara daripada nafsu politik PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang pun btul bro mengarot ape entah dye tu... Sembang mcam bijak je tapi stupid... Oii kakak oiii Stiap negeri perlukan raja sbab raja je bley pertahankan rakyatnya daripada virus politik... Negara lain maju kedepan tapi negara Malaysia tak habis2 masalah duit masalah timun masalah jagung masalah petai masalah masalah masalah masalah masalah...��


      Better johor buat negara sendiri keluar dari Malaysia lebih bagus sangat tenang rakyat johor happy je sultan johor...������

      Padam