Header Ads

ads header

Flash News

Insya-Allah kita masuk pintu depan - Hadi


PAS menegaskan betapa parti itu tidak akan gopoh dalam menentukan percaturan politik, malah akan berusaha menjadi kerajaan melalui 'pintu depan'.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan melihat perkembangan peringkat demi peringkat dan mengendahkan sebarang andaian.

"Sehingga ini kita bincang peringkat demi peringkat yang lebih besar, kita tunggu dan lihat

"Saya rasa proses demokrasi ini macam-macam (cara) nak masuk parlimen pun ada banyak pintu, boleh pilih nak masuk pintu mana. Tapi mestilah ikut proses undang-undang yang betul.
Iklan

“Insya-Allah kita masuk pintu depan. Cuma kita tahu ada orang nak jadi perdana menteri pintu belakang," katanya pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Pemetaan Dunia Baru sempena 30 tahun petadbiran membangun bersama Islam di Kota Bharu, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Adam, menyatakan rasa "malu" apabila mendakwa Umno kini dipimpin oleh seorang presiden yang dianggapnya lemah serta tiada jati diri.

Kenyataan itu turut disertakan dengan rakaman audio didakwa suara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Antara lain, Ahmad Zahid didakwa mahu Umno mengikut tindakan PAS supaya tidak tertinggal di belakang, selain mahu menyelamatkan Umno daripada diharamkan.

Ketika ditanya mengenai spekulasi jika PAS mempunyai rancangan untuk berpakat dengan parti Bersatu, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut.

"Itu kena parti itu, jangan tanya saya. (Sebarang) andaian saya tak boleh jawab, mungkin orang parti itu lebih tahu," katanya.

Selain itu anggota Parlimen Marang itu menjelaskan beliau akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

"Kita tak gopoh mesti lihat perkembangan politik, sebab politik ini anjal (dan) fleksibel kita buat andaian (lain) dia berlaku lain, sebab itu kalau berlaku, baru kita buat keputusan.

"Yang penting Muafakat Nasional dah berjaya menyatukan umat Islam dan memberi keyakinan kepada sebahagian bukan Islam," kata Abdul Hadi.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Bila dan kepimpinan UMNO dan PAS sebulu..
    mereka gunakan orang yg dibawah pula untuk melagakan diantara permuafakatan ni.

    hati-hati lah ahli UMNO... anda mungkin akan dibedah lagi untuk membuang kanser2 lama yg dulu dormant tapi setelah ketumbuhan utama dah dibedah maka kini gilirannya pula untuk menyerlah.

    UMNO kini dilihat hanya separuh badan saja yang benar2 bersama PAS.
    lagi separuh tu tengah tunggu peluang terbuka ja.

    Silakanlah... UMNO akan segera berkubur jika tidak mengikut telunjuk PAS.
    Kerana yang pastinya PAS tidak akan mengikut telunjuk kalian lagi.


    BalasPadam