Header Ads

ads header

Flash News

Kita tidak perlu dengar lagi apa yang Tun Mahathir kata - Tengku Razaleigh


Saya difahamkan 7 Februari 2020 akan menjadi penentu keputusan kepimpinan UMNO sama ada untuk membentuk kerajaan bersama kumpulan PM7 atau kekal sebagai pembangkang.

Asas pertimbangan ini adalah bagi mengekang DAP dan menolak seorang individu yang dilihat terlalu bersungguh-sungguh ( tahap gila ) mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya bukan pemimpin tinggi UMNO dan saya tiada apa-apa autoriti untuk bercakap bagi pihak UMNO. Tetapi jika saya pemimpin UMNO, saya akan belajar daripada DS Najib Razak

Selepas PRU14, beliau disakiti, dinista, dilayan bagai tiada jasa. Beliau disekat dengan pelbagai cara, dihakimi oleh media massa. Tetapi dia tidak pernah sesekali tunduk menyerah kalah kepada sesiapa

Apabila Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa jika UMNO menyokongnya maka DS Najib akan diberi keadilan yang sempurna, dia tetap tidak memilih untuk menyambut tangan yang mahu mengeluarkan dia daripada bahaya.

Walaupun itu menyebabkan sebelah kakinya bagaikan sudah di penjara. ketika untung nasibnya menjadi taruhan, dia tidak memilih Anwar dan tidak memilih Mahathir

Tetapi dia memilih saya. Dia memilih kamu. dia memilih untuk bersama kita semua

Kerana DS Najib mahu UMNO bangkit dengan bermaruah, bukan dengan menumpang tuah

UMNO mesti bangun sendiri dengan gagah daripada rebah, bukan dengan memaut tongkat yang salah. UMNO mesti berdiri sendiri menjulang senjata, bukan menjadi perisai kepada musuh yang nyata.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Patutnya umno minta bubar. Orng yg paling takut ulor lidi dan kuncu kuncunya. Malangnya lagi lama lagilah banyak yg kene ugut dan kene beli.

    BalasPadam