Header Ads

ads header

Flash News

Isu Pakatan Nasional tak dibincang dalam mesyuarat Umno - Bung


Umno tidak membincangkan sebarang kemungkinan kerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ataupun pembentukan Pakatan Nasional untuk mengambil alih Putrajaya.

Demikian menurut pemimpin Umno, Bung Moktar Radin selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung selama empat jam hari ini.

Bercakap kepada media di Menara Dato Onn, Bung berkata perkara berkenaan tidak ditimbulkan dalam mesyuarat itu.

"Tidak ada, tidak timbul (kerjasama dengan Mahathir)," kata Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi dan anggota parlimen Kinabatangan.

"Muafakat Nasional ada (dibincangkan), memperkukuhkan MN untuk berhadapan PRU15," katanya.

Bung ditanya sekiranya Umno ada membincangkan pembentukan Pakatan Nasional kerana PAS dilihat terbuka untuk menyertai gabungan itu.

Pada Isnin lalu, rakan sejawatan Bung, Lokman Adam mengeluarkan rakaman audio yang mendakwa Zahid cuba meyakinkan pemimpin parti mengenai keperluan untuk bekerjasama dengan Mahathir semasa mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah bagaimanapun berkata, Zahid hanya mencadangkan idea berkenaan untuk dibincangkan lebih lanjut.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Zahid juga menggambarkan kepada pemimpin parti itu baru-baru ini bahawa kerjasama itu secara "tersirat dan tidak secara terbuka."

Sumber itu juga mendakwa seorang orang kanan Mahathir bertindak selaku orang tengah dalam kerjasama itu.

Bung berkata partinya telah membincangkan mengenai isu rakaman audio Lokman yang bocor kepada presiden parti.

"Kita ada serahkan kepada (Lembaga Disiplin) untuk memutuskan," katanya.

Beliau berkata mesyuarat itu mengambil masa sehingga empat jam kerana ramai pemimpin Umno bersuara mengenai pelbagai isu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Tajuddin Abdul Rahman, yang mempengerusikan jawatankuasa perhimpunan Muafakat Nasional di mana audio berkenaan dibocorkan oleh Lokman, enggan mengulas kejadian itu.

Beliau berkata isu itu telah menjadi sejarah.

"Tiada komen sama sekali," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Yang jadi hairan mengapa Lokman Adam disingkir majlis tertinggi dan keahlian digantung 2 tahun.
    Apa masalah dengan majlis tertinggi UMNO masih lagi nak guna kuasa Vito seperti TM jadi PM dalam UMNO dulu

    BalasPadam