Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama Dr M dengan Umno hanya khabar angin kata Zahid



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan bahawa parti itu mungkin mengadakan kerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

Beliau memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini bahawa isu tentang Umno akan bekerjasama dengan Bersatu hanyalah khabar angin.

Beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan oleh ahli Majlis Tertinggi Umno semasa mesyuarat mereka di ibu pejabat parti hari ini.

"Kami tidak membincangkannya," katanya ketika dihubungi.

Ditanya sama ada itu bermakna Umno tidak berniat untuk bekerjasama dengan Mahathir seperti dispekulasikan, Zahid menjawab: "Itu hanya khabar angin."

Khabar angin mengenai kerjasama itu mula timbul awal minggu ini apabila ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio yang didakwa dirakam semasa mesyuarat Muafakat Nasional dan mengandungi ucapan Zahid untuk meyakinkan pemimpin parti bekerjasama dengan Mahathir.

Muafakat Nasional adalah nama pakatan kerjasama antara Umno dan PAS.

Spekulasi timbul bahawa Umno dan PAS mungkin membentuk gabungan yang lebih besar dengan parti komponen PH, Bersatu yang dipengerusikan Mahathir, bagi membentuk kerajaan baru melalui sebuah gabungan yang didakwa sebagai Pakatan Nasional.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menguatkan lagi spekulasi itu apabila beliau sebelum ini memberitahu pemberita bahawa parti itu terbuka untuk membentuk kerajaan perpaduan.


MR :  Nampak ada permainan di sini, siapa yang kena?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan