Header Ads

ads header

Flash News

Jemaah Menteri bakal ‘hilang’ pendapatan lumayan!


KITA semua maklum yang semalam Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan semua pelantikan menteri-menteri kabinet sejajar dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik adalah terhenti.

Justeru itu, tahukah anda dengan pembatalan ini, setiap daripada mereka terutama Menteri- Menteri ini akan ‘kehilangan’ pendapatan yang cukup lumayan!

Ini mengambil kira gaji dengan elaun yang diterima mereka sebagai ahli jemaah Kabinet kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak lama dulu pernah mendedahkan, gaji dan elaun menteri kabinet Pakatan Harapan adalah sama dengan apa yang dibayar kepada menteri BN, cuma ditolak 10 peratus.

Katanya, menteri-menteri PH yang juga adalah ahli parlimen, menikmati elaun yang sama seperti wakil rakyat lain kecuali elaun kehadiran RM400 sehari untuk menghadiri sidang parlimen. Beliau berkata selain elaun MP, menteri juga boleh menuntut elaun berikut secara bulanan.

Contohnya, kata Saifuddin, elaun keraian sebanyak RM12,000, elaun menteri Kabinet (RM4,000), elaun perumahan sebanyak RM4,000 (tidak boleh dituntut jika tinggal di kediaman rasmi), elaun pembantu rumah (RM2,500), elaun pemandu (RM2,500). Kesemua elaun tetap ini berjumlah RM25,000 sebulan.

Jelas Saifuddin, mereka juga diberikan elaun cuti, termasuk penerbangan kelas pertama atau perniagaan sekali setahun untuk menteri dan pasangannya, serta penerbangan kelas ekonomi untuk anak-anak mereka yang berumur bawah 21 tahun. Para menteri juga, katanya, boleh menuntut elaun harian dan elaun makan jika mereka perlu melakukan perjalanan untuk kerja.

Baik, kalau kita layari Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengungguli senarai nilai aset dan pendapatan yang diisytiharkan oleh para pemimpin dan wakil rakyat kerajaan PH di negara ini.

Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu berpendapatan sebanyak RM86,464.92 sebulan. Saifuddin yang menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut itu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM77,629.68. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai pendapatan berjumlah RM72,276.37.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48); Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50, 238,88); Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48) dan Teresa Kok Suh Sim (RM68,142.66).

Anda boleh layari pendapatan Menteri-Menteri lain juga di laman web mydeclaration.sprm.gov.my

Mungkin tidak lengkap kalau tidak dinyatakan pendapatan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pendapatannya adalah kira- kira RM100,000 sebulan manakala gaji bulanan yang diterima oleh Datin Seri Wan Azizah pula RM59,048,33.

Dalam erti kata lain, dengan pembubaran kabinet ini, selain kempunan tak dapat pencen dan jawatan melayang, nampaknya ‘poket’ juga terbang!

Nasib badan… – Malaysia Gazette

MR :  Selamat duit rakyat..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan