Header Ads

ads header

Flash News

Politik tak menentu...


Kemenangan Pakatan Harapan 10 Mei 2018 Untuk Hancurkan Pakatan Jahat.

Putrajaya adalah matlamat utama Pakatan Harapan waktu itu. Tanpa peduli apa agenda utama DAP yang tersemat rapi. Atas nama PKR mereka bertarung menjatuhkan Barisan Nasional.

PAS dilihat mengambil langkah kebelakang apabila satu-satunya Parti besar pembangkang tidak bergabung dengan blok pembangkang berlawan dengan blok pembangkang ketika PRU-14. Dalam erti kata lain PAS berseorang menentang BN.

Pakatan Harapan yang terdiri dari tiga gabungan parti pembangkang iaitu PKR , DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Pakatan ini memenangi 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi. PAS hanya menang 18 kerusi di seluruh negara dan beberapa parti lain.

PAS menjadi sasaran serangan kerana tidak bersama gabungan PH dan dilihat kempunan atau terlepas bersama-sama rakan pembangkang lain berarak ke Putrajaya, terutamanya dari rakan serpihan PAS iaitu PAN.

Di perlekeh, kerana mengekalkan prinsip redho Allah lebih penting dari kemenangan tanpa redho Allah. PAS cukup yakin kemenangan ini akan memberi masalah kepada Islam dan orang melayu kerana DAP mempunyai agenda tersendiri. PAS tidak mahu terlibat dengan agenda jahat yang didokong oleh kuasa luar yang anti Islam.

Pendirian yang diperli oleh PAN setiap masa apatah lagi waktu mereka baru melangkah ke Putrajaya dengan bergaya. Dengan beberapa kementerian dianugerahkan kepada mereka.

PAS yang bertarung seorang diri, hanya mengendong 18 kerusi Parlimen dan memerintah dua negeri. Hampir menjadi kerajaan di Kedah.

Bermacam serangan dan tomohan yang PAS terpaksa telan, baik semasa kempen PRU dan selepas PRU. King Maker yang disebut oleh Tuan Guru Presiden digelak sakan, tuduhan makan duit sogokan RM90juta dari UMNO dan bermacam tuduhan lagi.

PAS pada asalnya menjangkakan akan peroleh 40 kerusi Parlimen mengikut kaji selidik dalaman mereka, bila didedahkan, PAN terus menyerang kerana PAS bertanding hanya untuk menang 40 kerusi. Sedangkan semua Parti bertanding memerlukan 112 kerusi untuk memerintah.

Di sinilah timbul PAS mengatakan tak apa, tak menang banyak, dengan jumlah itu PAS boleh menjadi King Maker kepada mana-mana kumpulan lain untuk membentuk kerajaan. Siang malam PAS dikecam.

Apabila PAS dilihat tidak berselera besar untuk capai kemenangan dan terus ke Putrajaya, PAS rela bersendirian daripada bergabung dengan DAP untuk ke Putrajaya dan yang penting bagi PAS mendapat redho Allah adalah lebih utama dari berkomplok dengan DAP ke Putrajaya.

Semua ini menjadi bahan gelak, perlian dan serangan PAN terhadap PAS yang dilihat terkebelakang sedangkan sudah lama berjuang dalam piliharaya. PAN hanya kali pertama bertarung dan hanya menjadi balaci DAP tetapi melangkah bergaya ke Putrajaya bersama parti besar lain.

Kini, tidak sampai dua tahun, mereka hampir hilang segalanya. Kemuncak krisis dalaman PH pada 21 Febuari 2020 mengubah segalanya. Nikmat berkerajaan yang dikecapi dan di megah-megah oleh PAN hancur sekelip mata. Mereka terdiam, terduduk lemah longlai.

Mereka lupa semua tindak tanduk DAP dengan agenda kerakusan menceroboh hak orang Islam dan bangsa melayu.

PKR pula dengan gelojohnya hendak menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 tanpa menunggu situasi negara berada dalam stabil. Terus menekan Mahathir agar transisi ini bersegera dilakukan.

Tanpa mengira semua permasalah rakyat, janji menifesto piliharaya, perasaan orang Islam, perasaan orang melayu, persatuan pelampau cina terus diberi ruang menganas dan merobek hati-hati orang melayu.

Semua ini disokong PAN, Menteri pelajaran dipecat kerana tulisan Jawi, Aset pencarum Tabung Haji dilambung atau dilelong di Pasar malam oleh taiko-taiko besar, pun mereka sokong, asal DAP buat semua tak apa.

Huru hara negara dengan tindak tanduk mereka. Rakyat bagai tidak sabar melihat kejatuhan mereka. Di sana setiap malam dan waktu, mereka menandah tangan mengadu kepada Allah, ini pun diperli mereka.

Dengan apa yang berlaku, maka boleh dikatakan mereka sudah hilang arah. Janji tinggal janji, Islam hanya tempelan hiasan bagi mereka, jauh sekali mencari rehdo Allah dalam setiap perkara, maka mereka sedang hadapi kesanya sekarang ini. Kuasa hilang sekelip mata.

Kedudukan, pangkat, darjat semua hilang. Sekarang baru mereka sedar, DAP yang gelojoh untuk laksana semua pelan mereka baru sedar, Malaysia ada kedaulatannya. Islam ada kedaulatanya, rakyat ada kedaulatanya.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah natijah kealpaan mereka. Anwar yang tidak pernah serik dengan cita-citanya menyebabkan rakyat Malaysia terheret dengan krisis sekarang.

Semoga dengan apa yang sudah berlaku, penyatuan bangsa Melayu melalui Muafakat Nasional, kerjasama antara kaum yang saling hormat-menghormati hak kaum lain, keperbagaian agama dan masyarakat majmuk, diambil kita dalam pembentukan, kerjasama baharu bagi membawa Malaysia ke arah kemakmuran dan mendapat redho Allah dalam pemerintahan.

Samalah kita doakan agar krisis yang berlaku sekarang ini reda, selesai dengan aman, dikembalikan kedaulatan Islam dalam negara kita yang kita cintai. Hak-hak kaum dan Agama juga perlu kembali kepada kesepakatan yang sudah dipahat dalam perlembagaan.

Catatan Noja
Kuala Lumpur
6:45 am 25hb Febuari 2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan