Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Tahu Muhyiddin Tidak Akan Jadi Perdana Menteri Dan Bersatu Telah Berada Di Hujung Nyawa


Mahathir telah mencadangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana setelah mengadap DYMM SPB YDP Agong, Mahathir tahu yang sokongan sebenar Ahli-ahli Parlimen kepada dirinya adalah paling rendah jika dibandingkan dengan pilihan lain iaitu Anwar atau bubar.

Sokongan kepada Mahathir (dan partinya Bersatu) sebenarnya adalah lebih rendah daripada yang disangka.

Mahathir tentunya tahu Muhyiddin tidak akan dapat jadi Perdana Menteri.

Ini kerana partinya Bersatu berada dalam keadaan paling lemah dan terdesak kini.

Daripada 12 kerusi Parlimen Bersatu yang asalnya dimenangi pada PRU-14 yang lepas, lebih separuh atau 7 daripadanya kalah beribu-ribu undi jika dibandingkan dengan gabungan undi UMNO dan PAS.

Dan selebihnya 5 lagi kerusi seperti Muar, Alor Gajah dan Simpang Renggam yang dimenangi oleh mereka dalam PRU-14 yang lepas adalah kerana undi bukan Melayu terutama daripada kaum Cina dan DAP yang tentunya tidak akan mengundi mereka lagi kini dan pada pilihanraya umum yang akan datang.

14 lagi kerusi Bersatu kini adalah daripada bekas Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat parti ke Bersatu selepas PRU-14. Kerusi-kerusi Parlimen ini adalah di kawasan-kawasan Melayu.

14 Ahli Parlimen Bersatu yang lompat parti ini telah dilabel sebagai pengkhianat oleh akar umbi dan orang-orang Melayu yang mengundi mereka dulu.

Dan jika mereka bertanding di atas tiket Bersatu melawan Muafakat Nasional di kawasan-kawasan ini lagi, besar kemungkinan mereka akan kalah.

Dengan tumbangnya kerajaan PH dan Bersatu keluar daripada PH, Bersatu dan Presidennya Muhyiddin serta Pengerusinya Mahathir sudah menjadi tidak relevan.

Dahulu mereka bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan BN dan PAS.

Kini apabila mereka terdesak, kita tidak perlu menolong mereka dan melepaskan buaya yang tersepit.

Kerana jika mereka telah mengkhianati kita dahulu, apakah kita yakin yang mereka tidak akan mengkhianati kita lagi?

Terus istiqamah.

Bubar.

ISHAM JALIL
28 Februari 2020


MR :  Setuju.. Objektif Muafakat Nasional dah tercapai PH dah pecah, hancur. Mereka bercakaran... Jika PRU masa ni MN boleh kalahkan semua sekali termasuk DAP!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan