Header Ads

ads header

Flash News

Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara


KUALA LUMPUR – Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara.

Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan.

Bagaimanapun, bila ditanya Tommy menjawab ‘ya’ ketika ditanya oleh portal berita itu mengenai peletakan jawatan tersebut.

Theedgemarket.com turut menyiarkan berita tersebut.

Tempoh perkidmatan Tommy sepatutnya berakhir Jun ini.

Sepanjang lantikannnya beliau membawa pertuduhan ke mahkamah antaranya kes skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yang terbaharu beliau memutuskan untuk menggugurkan semua pertuduhan ke atas 12 tertuduh yang didakwa berkaitan sokongan terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kesemua 12 suspek telah dibebaskan secara berperingkat mulai Isnin lalu. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan