Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin, kumpulannya tinggalkan Istana Negara


Kelihatan beberapa kenderaan milik pemimpin parti politik mula keluar dari perkarangan pintu masuk 2 Istana Negara, Kuala Lumpur.

Kenderaan milik Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilihat yang pertama meninggalkan istana diikuti Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) Fadillah Yusof, Presiden Umno Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.

Ketika ditanya pemberita susulan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Zahid dan Abdul Hadi - yang wajah kelihatan serius- enggan mengulas lebih lanjut.

Manakala, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa mereka akan kembali esok ke Istana Negara.

“Kami akan kembali esok (Istana Negara),” katanya ringkas.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: