Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin menghadap Agong pagi ini


KUALA LUMPUR, 29 Feb -- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

"Tujuan kami adalah untuk berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan apa yang sedang dihadapi (situasi politik) di negara ini," katanya kepada pemberita sebelum bertolak ke Istana Negara dari kediamannya di Bukit Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Beberapa ahli politik dan presiden parti turut bersama Muhyiddin antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali , Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agong PAS Datuk Takiyuddin Hasan.

"Tujuan kita adalah ikhlas dan kita minta seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan usaha yang kita buat ini akan diberikan sokongan dan doa untuk berjaya, saya harap mudah-mudahan akan dikabulkan oleh Allah, " tambahnya.

-- BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan