Orang yang bijak sangat tak akan dapat jadi pemimpin yang bagus - Kajian
Antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Agaknya siapa yang lebih tinggi dari segi daya intelektual mereka?
Kalau tengok sekali lalu, saya lebih cenderung untuk anggap Tun Mahathir lebih tinggi daya intelektualnya. Itu berdasarkan apa yang saya dengar orang komen pasal Tun Mahathir.
Tapi kalau dengar gaya bercakap, nampak macam Anwar Ibrahim lebih bijak. Ayat dan perkataan yang Anwar sebut akan membuatkan ucapannya nampak macam bijak.
Kalau tengok cara memimpin untuk menjayakan sesuatu perkara, dari segi keputusan, memang sah Tun Mahathir kelihatan lebih cekap.
Macam manapun. Nak tahu siapa punya IQ lebih tinggi antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenalah pergi ukur kedua-dua insan yang sedang dalam proses peralihan kuasa tu. Entah akan beralih kuasa atau tidak kita tunggu saja dan lihat.
Orang bijak tak pandai jadi pemimpin
Soalan itu timbul bila saya baca kajian kat sini.Kalau anda punya IQ yang sangat tinggi, anda tak akan jadi pemimpin yang berjaya sangat. Dia sebut pemimpin yang sangat tinggi kebijaksanannya.
Biasanya hanya pemimpin yang sederhana saja kebijaksanaannya akan berjaya dari segi kepimpinan. Orang ramai mudah nak ikut.
Kalau tak bijak sangat lebih sedikit saja dari purata, barulah lebih sesuai jadi pemimpin. Senang nak ikut dan paling penting senang nak faham apa yang dia nak cakap.
Masalah utama orang yang bijak sangat jadi pemimpin adalah dalam bab komunikasi. Dia guna ayat sempoi, terang benda serabut yang dia sendiri memang faham, sedangkan orang awam lansung tak dapat faham urusan yang dia perkatakan.
Kalau dah tak faham, macam mana pengikut nak terjemahkan apa yang dia nak laksanakan?
Satu lagi masalah dengan orang bijak sangat ni adalah orang ramai tak anggap pemimpin jenis itu satu kumpulan dengan mereka. Kalau dah jadi macam itu macam mana mereka nak ikut. Tak akan ada orang yang nak lantik orang luar dari kumpulan mereka.
Ramai suka ikut Anwar Ibrahim
Ramai orang yang bijak-bijak dan berfikiran liberal tak berapa suka dengan Anwar Ibrahim. Bagi mereka Anwar Ibrahim ni jenis pemimpin yang tak berapa hebat sangat. Ditambah pulak dengan rekod perjuangannya dalam pergerakan Islam sejak ABIM dulu.Geng liberal terutamanya yang dulu kuat sokong Tun Mahathir memang tolak Anwar Ibrahim. Yang liberal tapi sokong Anwar saya nampak hanya Zaid Ibrahim. Entah kenapa dia sangat suka kat Anwar saya tak berapa nak pasti.
Kalau OutSyed The Box, lagilah tak sokong lansung dengan Anwar. Dulu dia sangat sokong Tun Mahathir. Tapi sekarang tak berapa nak setuju sangat dengan Tun Mahathir pun. Punca utamanya saya rasa lebih kepada keputusan Tun Mahathir dalam bab orang Melayu dan Agama Islam.
Tun Mahathir nampaknya akur bahawa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, tak boleh lawan arus sangat dengan pegangan kuat amalan dan kepercayaan Islam yang ada sekarang di Malaysia. Dia cuba juga ketengahkan sikit-sikit untuk buat pembaharuan tapi itupun dah kena kritik oleh pejuang Islam aliran sunni tegar di Malaysia.
Tapi perlu diakui bahawa ada ramai penyokong Anwar Ibrahim. Malah penyokong fanatikpun ada ramai.
Saya rasa kajian yang saya sebut kat atas tu ada kaitan dengan populariti Anwar Ibrahim ni. Dia tak berapa nak bijak sangat, jadi lebih mudah orang ikut dan laksanakan apa yang dia nak buat. Itu sebabnya Anwar Ibrahim masih tetap ada ramai pengikut.
Antara orang bijak yang jadi pemimpin dalam PH sekarang saya rasa adalah Dr Zul menteri kesihatan. Dia bila cakap memang agak susah nak faham. Kalau dia buat artikel kena dua kali baca. Apa yang dia nak sebut kadang-kadang benda yang mudahpun jadi macam payah.
Jadi saya yakin dia tak akan boleh naik lebih tinggi lagi dari itu. Kalau dalam parti dia sendiripun saya tak rasa dia akan boleh pergi jauh. Orang tak bolah nak ikut sangat dengan gaya kepimpinannya.
Berbanding Mat Sabu, dia punya lawak saja nampak sangat serasi dengan kebanyakan orang awam. Dalam gaya pak lawakpun, dia masih tetap jadi ketua dalam partinya sendiri. Sedangkan kalau nak banding dari segi bijak, mungkin Dr Zul lebih bijak dari Mat Sabu.
Orang bijak jadi penasihat saja
Dulu saya sangkakan orang bijak perlu diangkat jadi pemimpin. Tunggu dan tunggu untuk melihat mana-mana orang bijak tinggi IQ nya untuk naik jadi peimimpin. Tapi tak naik-naik.Rupanya memang ada sebab.
Mereka memang susah nak naik ke atas sebab dari awal lagi akan gagal mengerakkan pengikut sebab bijak sangat. Cakap sampai pengikut tak faham. macam mana nak ikut?
Pemimpin Malaysia kalau nak jadi PM perlu pastikan IQ nya mesti lebih sikit saja dari purata IQ rakyat Malaysia. Itu baru sesuai naik jadi PM. Rasa Tun Mahathir punya IQ adalah lebih tinggi sikit dari purata IQ rakyat malaysia. Sebab itu dia dua kali jadi PM.
PM mesti lebih sikit saja bijaknya dan pastikan orang yang lebih bijak dan tinggi IQ mereka jadi penasihat duduk di sekeliling pemimpin itu. Itu yang Tun M buat selama ini.
Mat Sabu ada harapan untuk jadi PM kalau dia boleh atur strategi macam tu. Susun orang yang bijak-bijak sekeliling nya untuk jadi penasihat. Dia boleh gerakkan pengikut dengan gaya lawaknya yang mudah difahami. Tapi nak kena test dulu IQ Mat Sabu. Boleh jadikan ketinggian IQ Tun Mahathir sebagai tanda aras.
Untuk orang Pas, malas nak komen panjang, sebab tak berapa nak relevan. Mereka tak akan berjaya naik jadi parti dominan untuk kuasai Malaysiapun. Mereka hanya boleh jadi juara di kalangan orang Melayu yang fanatik agama sahaja.
Sumber : http://www.jasduit.com/
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan