Header Ads

ads header

Flash News

PPSMI: Jangan seperti ‘tikus membaiki labu’


KUALA LUMPUR: Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) membantah cadangan untuk Kementerian Pendidikan melaksanakan semula dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presiden PENDIDIK, Normala Sudirman berkata, dasar tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996 yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama matapelajaran di sekolah.

“Sepatutnya semua mata pelajaran teras atau mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains mestilah diajar dalam Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara dan bukannya Bahasa Inggeris.

“Kita bukanlah menolak pembangunan atau sebarang kemajuan tetapi janganlah mengambil sikap seperti ‘tikus membaiki labu’ kerana dibimbangi ibarat peribahasa Melayu yang menyebutkan, ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’,” nasihatnya.

Menurutnya, dasar PPSMI yang telah menelan kos melebihi RM3.6 juta telah dimansuhkan secara rasminya pada tahun 2012 sebelum ini akibat kegagalan yang telah dibuktikan oleh tokoh akademik, pejuang bahasa.

Malahan katanya, ibu bapa dan pelajar turut membantah, namun alangkah terkejutnya apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pemangku Menteri Pendidikan Malaysia mahu meneruskan semula dasar ini.

“Harus diingat, banyak negara maju seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain dilihat tegas mempertahankan bahasa rasmi negara mereka dan begitu optimis bahawa bangsa mereka hanya akan maju jika mereka menjaga identiti bahasa ibunda masing-masing.

“Kita bukan menafikan kepentingan Bahasa Inggeris tetapi sikap terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris sehingga mahu meminggirkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara amat dikesali,” ujarnya.

Menurutnya beliau tidak mahu pelajar dan warga pendidik di Malaysia menganggap diri mereka ibarat ‘tikus makmal’ yang menjadi mangsa eksperimen dasar pendidikan yang tidak konsisten dan bercelaru.

Bahkan menurutnya, sehingga masa depan para pelajar seolah-olah kabur akibat sikap pemimpin negara yang kurang cermat dalam menentukan dasar pendidikan negara semakin ‘caca marba’.

Justeru, PENDIDIK menyokong penuh solidariti yang bakal diterjemahkan melalui Serahan Memorandum Bantahan Pelaksanaan PPSMI di Masjid Putrajaya pada hari ini, Jumaat 7 Februari jam 2.00 petang nanti

Ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia terhadap martabat Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 7/2/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bodoh nk jdi mat salih celop,,,sedor skit diri to dudok kt mne,,mkn belacan ikan masin cincalok tpi nk jdi mat salleh,,,kahak ijo atas muke...haktuihhhh

    BalasPadam