Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat sudah penat dengar nama Anwar Ibrahim


Rakyat secara umumnya sudah penat mendengar bernama figura dikenali sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Pusat, Hazwan Mohamad yakin, golongan muda pada hari ini lebih terdorong ke arah politik yang lebih segar dan matang.

“Politik hari ini, anak mudanya lebih mahu bercerita tentang idea dan pelaksanaan, bercerita tentang dasar. Bukan retorik politik semata-mata,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Selain itu, Hazwan berpandangan, sudah tiba masanya Anwar mengundurkan diri dari arena politik berikutan kegagalan menangani kemelut politik yang berlaku dalam PKR ketika ini.

“Hal ini juga kerana figura bernama Anwar Ibrahim hari ini hanya disokong oleh segelintir pentaksub reformis yang semakin hari semakin pudar,” katanya.

Baru-baru ini, pada hari terakhir Kongres Nasional PKR tidak dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pimpinan yang menyokongnya, didakwa sebagai memboikot majlis penggulungan dan penangguhan kongres itu.

Sehari sebelumnya, satu sidang media diadakan oleh Mohamed Azmin yang mendakwa Anwar gagal memenuhi janji memastikan pembahas patuh pada kerangka dan parameter ucapan yang dipersetujui dalam mesyuarat khas antara mereka di bangunan Parlimen.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, persetujuan yang gagal dipatuhi itu membabitkan jaminan Anwar supaya komposisi pembahas adalah adil dan mewakili semua pihak, selain pembahas tidak dibenarkan menyinggung, menyindir dan menyerang mana-mana pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan menghantar notis tuntutan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengeluarkan fitnah terhadap dirinya.

Beliau merujuk kepada ucapan Zuraida pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara selepas berakhir Kongres Nasional PKR di Melaka pada 8 Disember lalu.

Pada majlis itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, antara lain mengeluarkan kritikan secara terbuka kepada beberapa pimpinan tertinggi parti termasuk presidennya, Anwar. - ISMAWEB


MR :  Bukan penat tapi juak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: