Header Ads

ads header

Flash News

3 remaja Cina ingkar PKP tak faham bahasa Melayu


Tiga remaja lelaki yang dihadapkan ke mahkamah kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah tidak pula memahami bahasa kebangsaan adalah contoh senario kritikal masalah jati diri rakyat negara ini.

Menyifatkannya sebagai melampau, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, ini adalah natijah daripada kewujudan sekolah vernakular yang langsung tidak membantu perpaduan negara.

“Lebih teruk lagi, penterjemah dailek Hokkien diperlukan kerana ketiga-tiga mereka tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibuat dalam bahasa kebangsaan.

“Kesalahan pertama adalah serius, dan tidak memahami bahasa kebangsaan sebenarnya adalah lebih serius.

“Saya berpandangan bahawa sekolah vernakular mesti dihapuskan. Bahasa ibunda boleh dipelajar dalam kelas bahasa ibunda sama ada Mandarin atau Tamil di sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesal dengan keadaan itu, beliau menegaskan, kerajaan harus berani membuat keputusan untuk menghapuskan sekolah yang tidak mengangkat agenda pendidikan nasional, malah berpotensi tinggi memecah-belahkan perpaduan antara kaum.

Rabu lalu, tertuduh, Lim Chun Hoe, 19, bersama dua rakannya masing-masing berumur 15 dan 16 tahun ditahan di dalam sebuah kereta pada 22 Mac jam 3 pagi di Jalan Air Kuning, Taiping.

Menurut pertuduhan, kesemua mereka menaiki sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun didakwa tidak mematuhi arahan penguatkuasaan PKP dengan bergerak dari Taman Sungai Mas ke Jalan Air Kuning.

Chun Hoe bersama remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala remaja berusia 15 tahun itu pula dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika pelaksanaan PKP.

Ketika pertuduhan dibacakan kesemua mereka mengakui tidak memahami sepenuhnya isi kandungan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Majistret Adibah Abdul Kadir kemudiannya memutuskan sebutan semula kes tersebut pada 4 Mei dengan kehadiran jurubahasa Cina dengan dialek Hokkien.

MR :  Makin lama Malaysia makin teruk, tapi nasib baik PH jatuh awal sebelum parah!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan